Skip to main content

Raya tahun ini mungkin sedikit berbeza dari tahun sebelumnya. Mungkin ada yang dapat bersama keluarga, mungkin hanya yang mampu bersua secara online.

Tapi tak semestinya anda tak boleh bergaya kan?

Mari lihat fesyen Baju Raya terkini daripada Omar Ali yang anda boleh pakai sedondon dengan keluarga walaupun jauh di mata (tetapi dekat di hati).

Koleksi Baru Baju Raya Omar Ali 2020

Baju Kanak-Kanak

Baju kanak-kanak mahupun perempuan atau lelaki dari jenama Omar Ali masih lagi mengikut fesyen terkini dan kekal berkualiti. 

Jadi, anak-anak boleh menggayakan baju raya mereka supaya kelihatan cantik, kemas dan sedondon dengan seisi keluarga yang lain.

Boleh dilihat pada Baju Melayu Jebat Kids. Baju Melayu yang tampak moden tapi mengekalkan konsep tradisional Johor. 

Baju Raya kanak-kanak ini dihasilkan dengan material yang berkualiti tinggi dan selesa untuk si manja tampak bergaya. 

Dengan menggunakan fabrik Royale Cotton, material tersebut tahan lasak dan sesuai bagi anak-anak yang mempunyai kulit sedikit sensitif.  

Tidak hairanlah harga baju melayu si kecil yang menjadi pilihan ibu bapa ini sedikit mahal berbanding dengan baju raya untuk golongan dewasa.

Baju Melayu Lelaki

Untuk menambat hati dan minat untuk para jejaka di luar sana, Omar Ali memperkenalkan koleksi Baju Melayu yang berkonsepkan moden dan stail tradisional.

Koleksi Baju Melayu Warna Warni bertema moden untuk jejaka kotemporari di luar sana.

Dengan menggunakan material cotton yang berkualiti, fesyen baju raya terkini ini memberi kepuasan untuk para jejaka selesa bergaya pada hari raya.

Penampilan khas Koleksi Baju Sejarah iaitu baju berlengan tiga suku yang menggunakan konsep bercorak kotak-kotak serta bergarisan lurus. 

Masih mengekalkan imej baju klasik dan identiti bangsa Melayu, baju ini menggunakan material gabungan satin dan cotton, tidak tebal dan tidak terlalu nipis.

Para jejaka diluar sana diberi peluang untuk memilih rekaan bentuk kolar baju dari Koleksi Baju Raya mengikut citarasa mereka iaitu Teluk Belanga dan Cekak Musang.

Dapatkan baju berkolarkan Teluk Belanga kalau anda lebih gemarkan rekaan bentuk baju yang mudah dan tidak menutupi bahagian leher.

Jika anda lebih suka akan imej baju yang bercekak tinggi berdiri pada hari raya, boleh dapatkan baju melayu berkolarkan Cekak Musang.

Baju Melayu Woolen Satin yang dihasilkan dari material woolen satin ini sedikit berkilat, membuatkan si jejaka kelihatan lebih elegen dan eksklusif. 

Anda juga boleh mencuba koleksi Baju Melayu Jebat dan Baju Melayu Lekiu. 

Material Royale Cotton yang digunakan pada koleksi ini menjadi buruan para jejaka kerana kainnya yang tidak jarang pada badan si pemakai dan lebih tahan lasak.

Tambahan info, Koleksi Baju Raya Lelaki Dewasa Omar Ali kali ini tampil dengan pemberian PERCUMA sampin songket bernilai RM185.

Pemberian ini hanya diberikan pada setiap pembelian yang dilakukan oleh anda hanya untuk koleksi Baju Melayu Warna Warni dan Baju Melayu Woolen Satin.

Tetapi koleksi Omar Ali juga tampil dengan sedikit kelainan juga pada koleksi Baju Melayu Lekiu dan Baju Melayu Jebat.

Logo rasmi Omar Ali akan diletakkan atas baju Melayu dari kedua-dua koleksi tersebut sebagai tanda pembelian pengguna terhadap produk jenamanya.

Idea Nak Tampil Sedondon Dengan Keluarga

Kebanyakan keluarga suka meletakkan tema warna baju raya mereka tersendiri. 

Tapi perlu juga lihat dari segi material yang digunakan, konsep baju raya yang ingin diketengahkan, dan juga rekaan bentuk kolar baju mengikut citarasa dan keselesaan anda.

Bagi mereka yang sedang mencari baju raya yang sedondon buat ahli keluarga, dapatkan idea koleksi warna Baju Raya terbaru Omar Ali dibawah:

1) Turquoise

Baju Melayu Dewasa Lelaki dan Kanak-Kanak Lelaki menggunakan konsep moden, material cotton dan baju berkolarkan Teluk Belanga.

Baju Kurung Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan mengekalkan konsep Baju Riau. Tapi Baju Kurung Wanita menggunakan material Royale Cotton.

2) Dark Grey

Gunakan tema moden dan baju yang berkolarkan Teluk Belanga bagi Baju Melayu Dewasa Lelaki dan Kanak-kanak Lelaki. 

Kekalkan tema gaya baju riau bagi Baju Kurung Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan. 

Kesemua Baju Melayu dan Baju Kurung dihasilkan dari material cotton yang berkualiti.

3) Beige Green

Warna koleksi baju yang dihasilkan dari fabrik cotton.

Baju Melayu Lelaki bagi dewasa dan kanak-kanak lelaki menekankan konsep moden dan rekaan bentuk baju berkolarkan Teluk Belanga.

Baju Kurung bagi Wanita dan kanak-kanak perempuan menekankan konsep Baju Riau.

4) Light Grey

Masih kekal tema moden dan material cotton bagi baju Melayu Dewasa dan Kanak-kanak Lelaki. Koleksi Baju Melayu warna ini tampil dengan rekaan bentuk kolar baju Cekak Musang. 

Masih kekal tema gaya Baju Riau yang diperbuat dari kain cotton bagi Baju Kurung Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan.

5) Magenta Purple

Baju Melayu Dewasa Lelaki dan Kanak-Kanak Lelaki digayakan dengan tema moden, material cotton dan berkolarkan bentuk Teluk Belanga.

Baju Kurung Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan yang digayakan dengan tema baju Riau dan material cotton.

6) Thai Teal

Konsep moden, bermaterial cotton dan baju berkolarkan Teluk Belanga dikekalkan untuk Baju Melayu Lelaki dewasa dan kanak-kanak.

Baju Kurung berkonsepkan baju riau dan material cotton bagi Baju raya Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan.

7) Sorelle Brown

Konsep Moden bagi koleksi ini masih dikekalkan tapi menggunakan baju raya fabrik cotton yang berkolarkan rekaan bentuk Cekak Musang sahaja.

Konsep Baju Riau bagi Baju Kurung Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dan dihasilkan dari bahan fabric cotton juga.

Segala jenis koleksi berserta warna di atas dapat dijadikan rujukan untuk pembelian baju raya kali ini.

Jadi anda tidak perlu risau untuk kekal bergaya pada hari raya nanti dengan koleksi baju raya Omar Ali samada bagi golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Malah, anda boleh mencari pakaian mengikut pilihan citarasa masing-masing dan kekalkan pemakaian tema sedondon bersama sanak-saudara yang jauh di kampung.

Latar Belakang Omar Ali

Omar Ali ni merupakan syarikat kedai baju Melayu yang wujud sejak tahun 1935. Jenama ini mula dikenali dan menjadi pilihan orang ramai sejak ia beroperasi lagi. 

Harganya berpatutan dan banyak pilihan warna juga. 

Tidak lekang didengari juga bahawa jenama ‘Omar Ali’ dikenali sebagai jurujahit pakaian yang menghasilkan rekaan baju tradisional melayu yang berkualiti tinggi.

Beberapa koleksi baju raya Omar Ali masih mengekalkan gaya tradisi dahulu dan fesyen terkini untuk Dewasa Lelaki, Wanita, Kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Jika anda berminat untuk memiliki koleksi Baju Raya Omar Ali, anda boleh membuat pembelian secara online atau anda boleh mengunjungi cawangan butik terpilih berdekatan dengan anda.

Cara beli di Outlet

Butik Omar Ali masih dibuka untuk walk-in purchases.

Ini merupakan senarai cawangan butik Omar yang dibuka untuk membuat pembelian di kedai.

TTDI:

2, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

+603 7725 5350 / +603 7725 5351

Alamanda:

Ground Floor, Alamanda Shopping Centre, Lot G74-G75, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya.

+603 8889 4506

HQ:

Omar Ali Holdings Sdn Bhd

37, Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, 50300 KL.

+603 2694 4849

Wisma Yakin:

Wisma Yakin, Jalan Masjid India, KL (since 1935)

+603 2693 0313

SACC:

SACC Mall, Shah Alam (since 2011)

+603 55111350

Melawati Mall:

Melawati Mall, KL (since 2018)

+603 4162 3822 / +603 4162 6822

Gombak:

Gombak, Selangor (since 2013)

+603 6177 2528

Ada pertanyaan lanjut?