Anda sedang mencari baju raya untuk kanak-kanak? Omar Ali mempunyai pelbagai koleksi baju Melayu kanak-kanak yang sangat menarik.
Hari Raya Aidilfitri makin menjelang tiba. Bagaimana dengan checklist persiapan raya anda? Mungkin ada di kalangan kita gemar melakukan persiapan awal supaya tidak kelam-kabut di saat-saat akhir. Dari tempahan kuih raya, tukaran duit raya, langsir, perabot sehinggalah persiapan baju Melayu kanak-kanak pun perlu diambil kira.
Memilih Baju Melayu Kanak-Kanak
Pemilihan baju raya kanak-kanak ini amat penting. Carilah material yang memberi keselesaan mereka sepanjang hari.Jenama Omar Ali tak perlu diperkenalkan lagi. Diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali pada tahun 1935, kedai pertama dibuka di Wisma Yakin.Omar Ali sememangnya dikenali ramai sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi.Kesemua baju yang dihasilkan dengan jahitan yang kemas dan harga yang amat berpatutan.Bagi anda yang sedang mencari banyak koleksi baju raya kanak-kanak, Omar Ali dapat memenuhi citarasa ibu bapa yang mahukan penampilan bergaya dan menarik buat anak-anak mereka.
Baju kurung kanak-kanak
Baju kurung ‘Baby Doll Kids’ dengan warna baby blue hadir dengan potongan peplum dan moden untuk menyerlahkan lagi gaya genit anak anda. Baju yang menggunakan material crepe ini turut dihias dengan lace (renda) di bahagian atas dada dan tangan kiri dan kanan.







