Skip to main content

Sedang mencari baju kurung tapi belum jumpa yang berkenan di hati?

Tahu sajalah wanita-wanita di luar sana yang mahu melaram untuk majlis-majlis rasmi atau menghadiri jemputan kahwin, mesti kena pakai baju Melayu tradisional kan?

Jom kita tengok koleksi baju kurung online di Omar Ali.

Setiap wanita pasti mempunyai koleksi baju tradisional seperti baju kurung dan kebaya.

Sama ada dipakai harian untuk ke pejabat, menghadiri majlis rasmi atau keraian, pemakaian baju tradisional tidak pernah ditelan zaman.

Bukan itu sahaja, baju kurung telah menjadi pakaian rasmi di Malaysia dan menjadi simbol kaum Melayu itu sendiri.

Mana-mana wanita yang memakai baju kurung pasti kelihatan ayu dan sopan, disebabkan potongannya yang longgar dan menutup aurat.

Ia juga mendapat nama sebagai baju kurung kerana seolah-olah ia ‘menutup’ atau ‘mengurung’ tubuh badan.

baju kurung riau

Pakaian ini mula diperkenalkan pada penghujung kurun ke-19 ketika pemerintahan Sultan Johor, Sultan Abu Bakar.

Ada yang mengaitkannya dengan ‘djallabiyah’, pakaian masyarakat Mesir yang juga berpotongan longgar.

Hari ini golongan wanita mempunyai pelbagai pilihan fesyen baju kurung, sama ada yang berpotongan asli atau moden.

Jika dahulu anda perlu menempah di tukang jahit atau butik, kini pembelian semakin mudah dengan wujudnya butik online.

Cari sahaja baju kurung online di enjin carian Internet, pelbagai nama jenama dan rekaan yang boleh anda dapati.

Untuk anda yang masih mencari-cari baju kurung online yang selesa dipakai dan harga berpatutan, dapatkan 27 koleksi menarik ini di Omar Ali.

Lebih menarik, anda boleh menikmati potongan sebanyak 30% untuk setiap koleksi!

Koleksi Baju Kurung Omar Ali

Baju Riau Mawar

baju kurung riau

Bagi anda yang inginkan gaya klasik Melayu, apa kata anda dapatkan koleksi Baju Riau Mawar ini.

Koleksi ini menggunakan material royale cotton, mempunyai tampalan lace di bahagian baju dan kain serta dihiasi dengan batu untuk menyerlahkan lagi rekaannya.

Terdapat 13 warna menarik, iaitu baby blue, biege green, blush pink, champagne, cloud grey, crimson red, denim blue, dusty rose, lilac purple, magenta purple, off white, Thai teal, dan vintage blue.

Harga asalnya adalah RM399, namun kini anda boleh memiliki koleksi Baju Riau Mawar ini dengan harga RM279.30 sahaja.

Baju Orked

Untuk tampak mewah, anda boleh mengenakan koleksi baju kurung Orked ini.

Menggunakan potongan baju kurung yang sedikit kembang di bahagian bawah, koleksi baju kurung online ini menggunakan material brokat yang menjamin keselesaan sepanjang hari.

Potongan longgar ini memudahkan pergerakan buat si pemakai.

Ada tujuh warna pilihan yang akan membuatkan anda rambang mata; aegean blue, denim blue, garnet pink, garnet red, lava grey, sacramento green dan shadow grey.

Kini anda boleh memiliki koleksi ini dengan harga RM209.30 sahaja.

Baju Kurung Melor

Mahu tampil dengan gaya ringkas namun masih menyerlahkan gaya Melayu, koleksi Baju Kurung Melor ini sesuai buat anda.

Koleksi baju kurung online ini menggunakan potongan baju kurung Pahang dan diperbuat daripada hasil tenunan asli.

Ada 10 warna menarik iaitu, burgundy, byzantium purple, charcoal black, cream, denim blue, hunter green, lava grey, punch pink, royal purple dan Thai teal.

Anda boleh memiliki koleksi ini dengan harga RM279.30 sahaja.

Kenali Jenama Omar Ali

Ia diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali sejak tahun 1935 dengan membuka butik pertamanya di Wisma Yakin.

Jenama ini sememangnya dikenali sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi.

Hasilnya boleh dilihat menerusi jahitan yang kemas dengan harga yang berpatutan.

Dapatkan koleksi baju dewasa lelaki dan perempuan serta kanak-kanak menerusi pembelian secara online atau kunjungi cawangan-cawangan butik mereka.