Skip to main content

Selain berbaju kurung dan kebaya, jubah wanita juga sesuai untuk digayakan ke pelbagai majlis.

Fesyen jubah wanita kini mendapat tempat di hati wanita muda yang gemar mengikuti fesyen terkini. 

Jubah, menurut Kamus Dewan merujuk sebagai pakaian baju panjang dengan stail Arab.

Di negara-negara Timur Tengah, ia dipakai oleh golongan lelaki dan wanita namun dengan potongan yang berbeza.

 

jubah wanita

 

Rekaan asal jubah adalah baju yang disarungkan di bahagian luar, mempunyai belahan di bahagian luar supaya memudahkan si pemakai.

Baju ini juga tidak mempunyai cangkuk dan butang dan tidak sarat dengan hiasan dan corak. Sebaliknya si pemakai perlu menggunakan tali pinggang untuk menutup belahan jubah.

Hari ini, sama ada jubah wanita atau jubah lelaki didatangkan dengan fesyen yang lebih segar dan menarik.

Untuk para wanita, pemilihan jubah perlu menepati beberapa kriteria.

Antaranya ialah tidak ketat dan labuh serta tidak mempamerkan bentuk tubuh badan.

Material jubah juga tidak memerlukan kain yang terlalu tebal asalkan tidak jarang dan berbayang.

Malah mereka juga perlu tahu matlamat utama pemakaian jubah adalah untuk menjaga aurat dengan sempurna sebagai seorang Muslimah.

Berikut adalah di antara tips yang boleh membantu dalam memilih jubah wanita:

 

Corak dan warna jubah

jubah wanitajubah wanita

 

Tidak dinafikan jubah atau abaya hitam paling digemari para wanita kerana mudah dipadankan dengan pelbagai corak dan warna tudung.

Namun untuk kelainan, apa kata pilih jubah wanita dengan warna lembut seperti dalam koleksi Kemboja dari Omar Ali ini. Ia sesuai dipakai sama ada untuk musim perayaan dan majlis keramaian.

Lebih menarik, jubah ini dipadankan dengan lace yang akan menaikkan lagi seri si pemakai.

 

Saiz jubah

 

Anda juga perlu tahu saiz jubah yang dijahit mengikut ukuran di Malaysia adalah berbeza dengan jubah yang diimport.

Jubah yang dijual di negara-negara Timur Tengah kebiasaannya mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding ukuran orang Malaysia.

Jadi, pilihlah jubah yang sesuai dengan saiz tubuh badan anda.

 

Material yang bersesuaian

 

Untuk memastikan keselesaan sepanjang pemakaian, anda harus memilih jubah yang diperbuat daripada material yang mudah menyerap peluh dan tidak mengikut bentuk tubuh.

Ada pelbagai material digunakan dalam penghasilan jubah wanita.

Di antara yang paling sering digunakan adalah dari material satin, chiffon dan lycra.

Sentiasalah memakai inner atau kain dalam sekiranya anda memakai jubah yang menggunakan material yang jarang dan mudah melekap pada badan.

 

Kualiti dan harga

 

Kebiasaannya, jubah wanita yang mempunyai hiasan seperti batu berharga adalah lebih mahal berbanding jubah wanita yang kosong.

Penjagaannya juga sedikit rumit, terutama ketika membasuh.

Sekiranya anda mencari jubah wanita yang berkualiti, bergaya dengan harga berpatutan, anda boleh mendapatkannya di Omar Ali.

Koleksi Jubah Kebaya Melati dan Jubah Kemboja semestinya menepati citarasa fesyen terkini wanita muda yang menggemari lace.

Jubah Kebaya Melati hadir dengan tujuh warna pilihan iaitu Baby Blue, Lead, Lemonade Pink, Light Rosewood, Peach, Sephia Yellow dan Spruce Blue.

Terdapat potongan harga yang menarik untuk koleksi ini. Kini Jubah Kebaya Melati berhaga RM399.20 (harga asal RM499)]

 

koleksi jubah wanita

 

Koleksi Jubah Kemboja yang berharga RM499 mempunyai tujuh warna pilihan iaitu Beige, Charcoal Black, Cream, Daisy White, Pigeon Grey, Shell Pink dan Tan.

 

koleksi jubah wanita

 

Dengan pilihan warna-warna lembut, pastinya akan membuatkan penampilan si wanita lebih anggun dan manis.

Jenama Omar Ali tak perlu diperkenalkan lagi.

Diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali pada tahun 1935 dengan kedai pertama dibuka di Wisma Yakin, jenama ini dikenali dengan penghasilan pakaian tradisional Melayu, terutama baju Melayu.

Sentiasa mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan, kesemua baju yang dihasilkan dengan jahitan yang kemas dan harga yang amat berpatutan.

Anda boleh mendapatkannya secara on line dengan klik di sini atau berkunjung ke butik mereka di alamat:

Omar Ali Villa, 37, Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.

 

Klik sini untuk order jubah wanita Omar Ali secara online