Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang baju Melayu online.
Sekiranya anda sedang mencari baju Melayu online yang terkini, inilah tempatnya.Teruskan membaca.Kenapa Perlu Pakai Baju Melayu?
Ia adalah pakaian yang menjadi pilihan setiap orang Melayu sejak dahulu lagi. Pergilah ke mana-mana sahaja; majlis ilmu masjid, Hari Raya dan kenduri kendara.Baju Melayu lelaki pasti menjadi pilihan.Ia terdiri daripada dua jenis iaitu Teluk Belanga dan Cekak Musang. Cekak Musang amat popular di kalangan lelaki Melayu kerana bersifat kemas dan dihias indah dengan butang baju Melayu.Baju Melayu Teluk Belanga pula kelihatan santai, amat sesuai untuk kanak-kanak yang baru berjinak-jinak dengan pemakaian Baju Melayu. Bagi pengeluar Baju Melayu terkenal Omar Ali, mereka mengeluarkan tiga jenis Baju Melayu tradisional yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Mereka menamakan baju Melayu berdasarkan pendekar-pendekar Melayu terbilang iaitu Tuah, Jebat dan Lekiu dan Lekir (tempahan khas).Baju Melayu Tuah

Baju Melayu Jebat

Baju Melayu Lekiu

Baju Melayu Lekir (Tempahan Khas)
Bagi anda yang mahukan tempahan khas untuk baju Melayu anda, anda boleh memilih Baju Melayu Lekir.Terdapat 9 warna menarik yang anda boleh dipilih. Baju Melayu lelaki ini menggunakan material Toyobo Cotton yang ditempah khas dari Jepun. Jadi anda akan sangat selesa memakainya serta sangat lembut dipakai semasa Hari Raya.Anda boleh menempah secara online dan pilih 3 potongan baju samada relax fit, slim fit atau tradisional (berpesak).Selain itu, terdapat 3 pilihan kolar baju yang anda boleh pilih:- teluk belanga (Johor)
- cekak musang (butang 5) atau
- kolar tunku (butang 3)