Skip to main content

Trend Baju Kurung 2023 menampilkan barisan stail, warna dan motif yang unik, menggabungkan elemen Melayu tradisional dan sensibiliti fesyen terkini.

Teruntuk penggemar fesyen Malaysia, Baju Kurung kekal sebagai simbol keanggunan, elegan, dan tradisi.

Melihat trend ini secara mendalam, elemen-elemen trend lama dan sedikit twist fesyen dari negara jiran, Indonesia, disuntik hampir dalam setiap busana Baju Kurung tahun ini.

Jadi, jom kita explore rekaan-rekaan trend Baju Kurung 2023!

 

4 Trend Baju Kurung 2023

 

Di sini kami dapat simpulkan ada 4 trend Baju Kurung di tahun 2023 yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia: 

 

  • Baju Kurung Printed Motif Bunga Kecil

    trend baju kurung

    Sumber: Google

Baju Kurung Printed bermotifkan bunga kecil paling in-trend dan sering digayakan wanita Melayu pelbagai peringkat umum pada tahun ini.

Sama ada student atau wanita bekerjaya, Baju Kurung Printed ini sesuai untuk digayakan ke kelas, pejabat dan mahu pun majlis kenduri kahwin.

Busana polos tetapi bercorak minimal dan comel ini sering tampil dalam warna pastel, menampakkan si pemakai muda dan ceria.

 

  • Baju Kurung Sulam

Sumber: Pinterest

Baju Kurung Sulam mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi semasa raya Aidilfitri yang lalu.

Diperbuat dari kain sutera atau kapas yang berkualiti tinggi, baju ini disulami pelbagai variasi sulaman bunga dan daun sesuai dengan potongan bajunya.

Trend Baju Kurung ini juga dilihat sebenarnya merupakan trend tahun 1990-an yang kembali pada tahun 2023, terutama elemen sulaman yang diterapkan.

Kalau zaman 90-an disulami dengan benang emas dan hitam, tahun 2023 dipenuhi variasi warna sulaman yang menaikkan seri baju kurung ini.

 

  • Baju Kurung ‘Set Blouse + Sutera Armani’

Sumber: Pinterest

Set Baju Kurung ini merupakan inspirasi daripada negara jiran. Pada asalnya, trend ini popular di sana.

Tapi dengan aliran fesyen yang bergerak pantas hingga sampai ke Malaysia, ia digubah sedikit untuk memasukkan elemen Baju Kurung.

Set ini terdiri daripada blaus yang diperbuat daripada Batik Viscose dan kain sarung yang boleh dililit pula diperbuat dari sutera Armani.

Jika dilihat, rekaan ini pop-out atau naik seri disebabkan cetakan batik di blaus yang sering mempunyai tona sama atau bertema monochrome.

Set ini menampilkan ciri-ciri elegan dan mewah, dengan sentuhan tradisi negara seberang.

 

  • Baju Kurung Batik

Seperti set Baju Kurung itu tadi, Baju Kurung Batik juga merupakan rekaan yang mempunyai pengaruh daripada rekaan batik Indonesia.

Busana ini terdiri daripada kurung labuh sehingga lutut dan kain sarung berlilit dan bercorak “printed” batik. 

Material set ini menggunakan material sutera dan kainnya mempunyai celahan pada sisi, membuatkan setiap pergerakan anggun dan memberi ilusi lebih kurus.

 

Kesimpulannya, trend Baju Kurung 2023 telah berubah dari segi stail dan pemilihan potongan bajunya.

 

Kebanyakan trend ini berpengaruh daripada trend baju tradisional Indonesia yang mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

 

Asimilasi stail dan fesyen dengan fesyen lokal ini tidak asing lagi kerana banyak persamaan di antara Malaysia dan Indonesia sejak dahulu lagi.

 

Selain itu, trend pada 90-an dan 60-an kembali popular oleh kerana minat anak muda terhadap fesyen lama yang ala-ala retro dan klasik di zaman moden ini.

 

Omar Ali: Mengekalkan Estetika Tradisional Dalam Arus Fesyen Baju Kurung Moden

Walau evolusi Baju Kurung banyak diubah dari segi potongan, gaya dan labuh asal, ada lagi butik-butik di Malaysia mengekalkan keayuan dan estetika asal Baju Kurung tradisional.

Bagi penggemar estetika dan trend Baju Kurung tradisional, Omar Ali adalah destinasi tepat untuk anda menempah atau membeli Baju Kurung tradisional.

Beritahu apa yang anda mahukan, Omar Ali akan tunaikan untuk anda. 

Untuk yang suka menambah ciri-ciri unik di Baju Kurung, anda boleh tempah di Omar Ali dan anda boleh pilih sama ada untuk buat ukuran di kedai atau di rumah anda.

Dengan kepakaran tukang jahit Omar Ali yang bertahun lamanya dan dengan keunikan sentuhan mereka, anda boleh memiliki Baju Kurung tradisional berkualiti tinggi dan cantik.

 

Untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi melalui Whatsapp Omar Ali, iaitu +6012-5531935.

 

Tempahan di kedai juga boleh dibuat jika anda lebih selesa ke stor Omar Ali. Di bawah adalah senarai cawangan stor Omar Ali:

 

 

Untuk Baju Kurung ready-to-wear, anda boleh layari website Omar Ali dengan menekan link di bawah.