Skip to main content

Dalam merancang sesebuah majlis perkahwinan, banyak perkara penting yang perlu diambil kira. Samalah juga dengan baju nikah.

Banyak perkara perlu dilakukan supaya persiapan perkahwinan berjalan lancar.

Tahukah anda bahawa ramai pengantin baru yang masih tiada idea untuk membuat persiapan busana pernikahan mereka?

Untuk itu, kami kongsikan beberapa tips penting sebelum menempah baju nikah.

Boleh dikatakan majlis perkahwinan hari ini berlangsung tanpa mengira musim.

Di Kuala Lumpur contohnya, setiap hujung minggu pasti dapat jemputan menghadiri majlis perkahwinan.

Bagi bakal pengantin, selain berasa seronok hendak disatukan bersama insan tersayang, proses persiapan majlis perkahwinan pasti memeningkan.

Selain urusan mencari barang hantaran, catering, dewan, goodies dan jemputan, urusan menempah baju juga amat penting.

Pengantin perempuan biasanya paling risau tentang baju kahwin mereka.

Kalau boleh nak baju potongan yang nampak mereka kurus, nak warna yang buatkan mereka nampak cerah dan berseri dan pemilihan gaya yang bersesuaian.

Ramai pengantin kini memilih untuk tempah sendiri berbanding mengambil pakej sewa.

Ada juga yang mengambil pakej eksklusif, iaitu baju baru dibuat berdasarkan rekaan dan ukuran badan sendiri.

Jom baca lima (5) tips penting sebelum menempah baju nikah.

Pertama

Pilih rekaan yang klasik atau timeless.

Cuba perhatikan gaya baju pengantin dulu-dulu, ramai yang memilih rekaan seperti baju kurung atau kebaya dan kita masih melihatnya relevan dan cantik, kan?

Selain rekaan berkenaan, ramai pengantin wanita hari ini memilih fesyen baju kurung moden untuk menampakkan sedikit cutting badan.

Elakkan memilih rekaan funky, hipster seperti yang menjadi trend sekarang.

Ada yang segan nak tengok album gambar kahwin sendiri 10, 20 tahun akan datang.

Kedua

Survey harga khidmat tailor atau butik pengantin. Perlu ingat harga yang ditawarkan tidak sama kerana ia bergantung kepada fesyen, material, kemahiran dan material.

Jika anda ada bajet lebih, boleh menggunakan khidmat tailor yang terkenal. Google je pasti jumpa.

Paling penting, sentiasa berbincang dengan tailor rekaan dan warna apa yang bersesuaian dengan bentuk badan anda.

Ketiga

Kalau dah tetapkan rekaan yang diingini, anda kena fikirkan pula material yang bersesuaian.

Kebanyakan pengantin memilih material satin, lace dan chiffon untuk baju nikah dan sanding.

Tanya tailor anda berapa ukuran kain yang perlu dibeli atau minta mereka cadangkan kedai kain yang memberikan harga yang terbaik.

Ada juga tailor yang akan ajak anda untuk pilih bersama material kain baju anda. Terpulang mengikut keselesaan dan waktu anda.

Keempat

Sebenarnya ramai yang confuse bila masa yang sesuai untuk menempah baju kahwin ni.

Kalau ikut tailor, ramai yang mencadangkan tempoh antara tiga hingga empat bulan sebelum majlis.

Pastikan baju kahwin anda ada basi di tepinya supaya boleh dikecil atau dibesarkan.

Maklumlah, ada orang makin nak dekat majlis makin stress sampai makan tak ingat dunia, satu hal pula nak besarkan baju.

Kelima

Mungkin ramai yang terlupa untuk memaklumkan kepada tailor tinggi kasut yang akan dipakai bersama baju yang ditempah itu.

Berbanding baju nikah, baju sanding biasanya dibuat meleret-leret.

Masa fitting nanti bawa kasut yang akan dipakai pada majlis itu nanti supaya senang untuk tailor ukur.

Untuk bakal pengantin, jangan lupa ikuti tips yang dikongsikan ini sebelum menempah baju.

Semoga persiapan majlis kahwin anda dipermudahkan.