Skip to main content

Sedang mencari tempat untuk shopping dan beli baju Raya tahun ini?

Pasti ramai yang tak sabar nak menyambut Syawal pada penghujung Mei nanti.

Rasanya ramai sudah memikirkan persiapan dan kelengkapan untuk menyambut hari raya, terutamanya golongan wanita.

Urusan membeli kain dan menempah baju raya seperti baju kurung dan baju melayu perlu dilakukan lebih awal supaya memudahkan tukang jahit untuk menyediakannya.

Mungkin ada di kalangan anda mahu membeli baju raya siapa atau ‘ready made’ sahaja tahun ini. Kami kongsikan lokasi wajib untuk anda kunjungi untuk shopping baju raya!

Meskipun teknologi semakin canggih dimana peniaga mula berurusniaga di atas talian, contohnya melalui Facebook dan Instagram, masih ramai di kalangan kita gemar membeli-belah di butik atau pasaraya.

Katanya, lebih puas hati kerana boleh melihat dengan jelas corak kain, merasa tekstur kain dan boleh mencuba saiz sehingga terletak elok pada badan.

Nak cari baju raya siap hari ini semakin mudah dengan terdapat pelbagai lokasi dan butik terkenal yang boleh anda kunjungi.

1.Butik Omar Ali

Siapa tak kenal dengan jenama Omar Ali, sebuah jenama besar dalam tempahan dan rekaan baju tradisional seperti baju Melayu dan baju kurung.

Omar Ali telah wujud sejak tahun 1935 dan menjadi pilihan orang ramai untuk beli baju raya. Harganya sangat berpatutan dan banyak pilihan warna, corak dan stail terkini yang anda boleh pilih.

Nak cari baju raya atau tempah baju raya? Jangan risau, kunjungi butik mereka di sini:

i.Butik Omar Ali, 13&19, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

ii.Butik Omar Ali, Lot GL2 & GL3 Ground Floor Pangsapuro Sri Harmonis Batu 6 ¼, Jalan Gombak, Kuala Lumpur

iii.Butik Omar Ali, 2, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

2.Butik Online Omar Ali

Tak ada masa nak keluar membeli-belah? Jangan risau, koleksi baju raya Omar Ali juga boleh didapati secara atas talian.

Kunjungi website mereka di sini dan boleh pilih fesyen baju yang anda suka.

3.Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi lokasi ini.

Sebut sahaja namanya pasti ramai orang akan terbayangkan kemeriahan lot kedai dan khemah yang menjual pelbagai jenis baju, kain dan juga makanan.

Banyak corak kain, rekaan dan stail yang anda boleh pilih di sini. Bukan itu sahaja, jika kena dengan gayanya, anda boleh tawar-menawar dan mendapatkan harga yang murah.

Kemeriahan di Jalan TAR semakin terasa apabila memasuki dua minggu terakhir Ramadhan, malah semakin padat apabila menjelangnya sehari dua sebelum menyambut Syawal.

4.Bangi Central di Seksyen 9

Kemeriahan membeli-belah di sini juga tak kurang hebatnya apatah lagi kerana adanya butik-butik fesyen popular seperti Sugarscarf, Bella Ammara dan Minaz.

Keadaan akan menjadi semakin sesak dan padat apabila tibanya musim raya. Jangan lupa bawa duit yang mencukupi kerana anda pasti rambang mata dibuatnya.

5.PKNS Shah Alam

Bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, khususnya di Shah Alam, anda boleh mengunjungi PKNS Shah Alam untuk membeli-belah keperluan raya.

Bukan sahaja baju raya, anda juga boleh membeli pelbagai kelengkapan lain seperti kuih raya dan makanan di sini.

Banyak gerai yang dibuka di sini sepanjang bulan Ramadhan dan ini memudahkan anda untuk membeli barangan di dalam satu bumbung!

6.Kenanga Wholesale City

Mungkin ada di kalangan anda mencari baju raya sedondon dalam jumlah yang agak banyak. Jangan risau, anda boleh mendapatkannya di Kenanga Wholesale City.

Sudahlah dijual dengan harga murah, malah pelbagai pilihan ditawarkan di sini.

Bukan itu sahaja, jika anda berminat untuk memulakan perniagaan online sempena raya akan datang, anda boleh dapatkan stok pakaian juga di sini.

Daripada baju raya kanak-kanak hingga dewasa, begitu juga tudung dan barangan komestik, pasti puas hati dibuatnya.

7.Jakel Mall

Selain menawarkan pilihan kain yang menarik dan terkini, anda juga boleh membeli-belah baju raya dengan fesyen terbaru.

Kami yakin anda pernah melihat koleksi baju raya yang dipakai oleh Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Mira Filzah bahkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, kan?

Kesemuanya ada di Jakel Mall sama ada di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Selain baju raya, anda juga boleh membeli atau menempah kain langsir dan karpet.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk menyediakan keperluan dan kelengkapan raya anda lebih awal.

Ingat, membeli jangan sampai memboros ya!

P.S Untuk pilihan koleksi baju raya sedondon yang cantik dan berkualiti, dapatkannya secara online di Omar Ali.