Sama ada mengerjakan ibadah umrah atau haji, ia pastinya menjadi impian bagi setiap umat Islam yang berkemampuan.
Ibadah umrah merupakan sebahagian daripada Rukun Islam.
Jika anda bakal mengerjakan umrah dalam masa terdekat, diharapkan panduan umrah ini dapat membantu anda.
Ibadah umrah juga dikenali sebagai Haji kecil dimana ‘umrah’ itu berasal dari perkataan al-I’timar bermaksud ziarah.
Mengerjakan ibadah umrah adalah wajib bagi mana-mana individu yang mampu.
Maksud Umrah
Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dengan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan tahalul dengan mengikut tertib.
Ramai yang was-was untuk mengerjakan ibadah umrah kerana merasakan ia sukar.
Walhal ia adalah sangat mudah untuk dilakukan dengan boleh mengambil masa hanya sehari.
Untuk melakukan umrah, dua perkara wajib yang perlu dilakukan adalah:
1. Berniat ihram di miqat
Baca: “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Taala”.
2. Menjaga larangan ihram (ada 13 perkara)
– Pakai sarung tangan
– Pakai minyak wangi atau bau-bauan
– Pakai minyak rambut, janggut atau bulu-bulu lain
– Cabut bulu di badan atau rambut
– Potong kuku
– Kerat, potong, cabut atau tebang pokok
– Memburu binatang
– Melakukan pendahuluan persetubuhan
– Melakukan persetubuhan
– Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
– Pakai pakaian berjahit, bercantum, bersarung (untuk lelaki sahaja)
– Menutup seluruh atau sebahagian kepada dengan kopiah atau topi (untuk lelaki sahaja)
– Tutup muka atau pakai purdah (untuk wanita sahaja)
Rukun Umrah
Adalah lebih baik setelah berniat ihram dan berpakaian ihram yang lengkap, terus ke Masjidil Haram untuk menunaikan lima rukun umrah.
Ini supaya dapat menjaga larangan 13 perkara yang disebut di atas dan mengelakkan anda untuk membayar dam.
Rukun-rukun umrah seperti di bawah:
1. Ihram
Bagi lelaki, pakaian ihram terdiri dari dua lembar kain yang tidak berjahit.
Bagi wanita pula lebih bebas tetapi tidak berjahit. Adalah sunat memakai yang bewarna putih dan menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan.
2. Tawaf
Anda perlu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
Baca niat: “Aku berniat Tawaf Umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.
Syarat sah tawaf seperti di bawah:
– Dilakukan di luar Kaabah dan masih dalam kawasan Masjidil HaramTidak menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf
– Tidak menggunakan laluan di antara Hijr Ismail dan Kaabah
– Laluan tawaf bersih dari najis
– Lakukan tujuh pusingan dengan yakin dan sempurna
– Mengelilingi Kaabah lawan arah jam
– Suci dari hadas kecil dan besar
– Suci dari najis
– Tutup aurat
– Bermula dari belakang Hajarul Aswad dan berakhir dengan melangkah garisan yang sama.
– Sunat solat tawaf selepas selesai tawaf.
3. Saie
Berjalan ulang alik bermula dari Bukit Safa sehinga ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali, dari kaki bukit ke kaki bukit dan tidak putus perjalannya dengan melencong keluar dari mana-mana pintu.
4. Tahalul
Mencukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai.
Untuk lelaki lebih afdhal untuk bercukur, jika tiada rambut memadai dengan melalukan pisau di kulit kepala.
Bagi wanita, perlu potong mana-mana bahagian rambut sekurang-kurangnya tiga helai.
Suami boleh menggunting rambut si isteri, dan sebaik-baiknya lakukan untuk suami dahulu.
5. Tertib
Bermaksud melakukan rukun umrah dengan mengikut turutan.
Anda hanya boleh menanggalkan ihram selepas selesai mengerjakan umrah.
Selepas selesai menyempurnakan umrah pertama, anda boleh melakukan tawaf sunat dan umrah yang seterusnya mengikut turutan yang sama.
Panduan Umrah Yang Ringkas Dan Mudah
Bagi yang pertama kali bakal mengerjakan umrah, pastinya sedikit sebanyak wujud kerisauan tentang persiapan mental dan fizikal.
Memandangkan anda perlu berjalan dalam jarak yang panjang, maka anda digalakkan melakukan latihan berjalan dengan purata tiga hingga empat kilometer dengan kekerapan dua kali seminggu.
Ini supaya dapat membiasakan diri anda untuk pergi dan balik dari masjid, melakukan tawaf dan saie.
Bagi keperluan umrah pula, untuk wanita digalakkan membawa lebih jubah dan baju labuh supaya memudahkan urusan ibadah dan ziarah.
Begitu juga dengan tudung dan pakaian anti-iron supaya tidak banyak membuang masa anda.
Jangan lupa membawa ubat-ubatan kerana ada di kalangan rombongan mudah jatuh sakit kerana tidak biasa dengan perubahan cuaca.
Koleksi Pakaian Umrah Dari Omar Ali
Anda biasa mendengar jenama Omar Ali, kan?
Nama yang sinonim dengan rekaan baju Melayu dan jahitan yang kemas kini tampil dengan lima (5) koleksi jubah umrah yang menepati keperluan para muslimah.
Ciri Menarik Jubah Umrah Omar Ali
1.Poket tambahan untuk memudahkan jemaah wanita menyimpan barangan berharga seperti beg duit dan telefon bimbit.
2.Mesra breastfeeding, terutama buat mereka yang membawa anak kecil.
3.Lengan rekaan cuffed supaya jemaah dapat menutup aurat dan mesra solat.
Menggunakan material lycra yang menjaminkan keselesaan dan ironless, anda boleh mendapatkan koleksi jubah umrah Omar Ali iaitu Aisya, Fatima, Katija, Zulaikha dan Telekong OA dengan harga hanya RM189 sahaja.
Dapatkan koleksi jubah umrah Omar Ali melalui pesanan di sini.
Atau kunjungi cawangan Omar Ali berhampiran anda.
Omar Ali, sebuah jenama terkenal wujud sejak tahun 1935, dikenali sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi, jahitan yang kemas dengan harga yang berpatutan.