Skip to main content

Semakin kita menghampiri Ramadhan, semakin rindu untuk mengerjakan solat terawih dan mula nak membaca niat solat terawih.

Di sini kami kongsikan apakah pengertian, hukum dan manfaatnya, termasuk niat solat terawih supaya anda dapat melakukan ibadat ini dengan sempurna, Insya-Allah.

Pengertian Solat Terawih

Image result for tarawih

Terawih, membawa maksud beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan secara berselang-seli dengan berehat dalam tempoh singkat. Ia hanya dilakukan pada bulan Ramadhan

Ia dilakukan sebanyak 2 rakaat dengan pengulangan sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat.

Hukum Solat Terawih

Image result for tarawih

Mengerjakan solat terawih ditakrifkan sebagai sunat muakkad – iaitu amalan atau perkara yang amat dituntut dilakukan pada bulan Ramadhan.

Ramai yang berpusu-pusu ke masjid atau surau untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah.

Ada juga yang melakukannya di rumah secara sendirian atau bersama keluarga.

Kedua-dua kaedah ini dibolehkan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil, lebih elok dilakukan di rumah supaya tidak mengganggu jemaah lain.

Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”

Hadis Riwayat Muslim

Kelebihan Solat Terawih

Image result for muslim at mosque

Manusia akan mudah melakukan sesuatu sekiranya mereka tahu apakah kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi.

Begitu juga dengan solat terawih, setiap malam yang dikerjakan untuk solat terawih mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.

Kami kongsikan kelebihan solat terawih seperti yang dimuatnaik daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan.

Lafaz Niat Solat Terawih

Image result for muslim takbiratul ihram

Untuk lafaz niat solat terawih secara sendirian, panduan seperti di bawah:

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

Manakala untuk lafaz niat solat terawih secara berjemaah adalah seperti berikut:

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”

Buat 8 Rakaat Atau 20 Rakaat?

Berkenaan dengan jumlah rakaat, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dikerjakan untuk solat terawih.

Yang penting, lakukan solat secara ikhlas dan tenang, selain menikmati manfaatnya.

Secara umumnya, umat Islam di Malaysia mengerjakan solat terawih sebanyak 8 rakaat dan 20 rakaat.

Solat Witir dan Doa Qunut

Image result for muslim give salam in solat

Penutup bagi solat terawih adalah solat witir.

Ia dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, dan sekurang-kurangnya bagi had sempurna adalah tiga rakaat, bersamaan dua kali salam.

Sekiranya anda mengerjakan solat terawih secara berjemaah di masjid, bilal akan memaklumkan kepada para jemaah terlebih dahulu.

Manakala bacaan doa qunut sunat dibacakan bermula pada malam ke-16 hingga akhir Ramadhan pada rakaat akhir solat sunat witir selepas bangkit dari rukuk.

Bacaannya sama seperti menunaikan solat fardhu Subuh.

Image result for muslim ramadhan

Demikian panduan ringkas berkenaan solat terawih, lafaz niat solat terawih dan kelebihan menunaikan ibadah ini yang hanya boleh dilakukan sepanjang Ramadhan.

Hidupkanlah rumah-rumah Allah SWT dengan melakukan apa yang dituntut dan sentiasa berusaha melipatgandakan amalan semasa berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini.

Semoga kita istiqamah untuk melakukannya, insyaAllah.

P.S Untuk memudahkan anda mendapatkan kelengkapan baju Melayu untuk Hari Raya, anda boleh shopping secara online di website Omar Ali.