Skip to main content

Dengan pelbagai pilihan variasi shirt, shirts lelaki adalah pakaian yang paling mudah dan boleh dipakai dalam apa jua majlis sekalipun.

Walau banyak pilihan, pemilihan jenis shirts untuk dipakai untuk setiap majlis adalah penting, terutamanya untuk majlis perkahwinan.

Jadi jom kita tengok jenis-jenis shirts lelaki patut ada dalam wardrobe.

 

7 Shirts Lelaki Perlu Ada

 

  • Oxford button-down shirt

oxford button-downBerkongsi nama dengan tempat asal kain ini dipotong, Oxford shirt adalah pakaian  lelaki klasik yang telah menjadi asas kepada banyak gaya pakaian stylish berdekad-dekad lamanya.

Fabrik shirts ini lebih tebal dari shirt yang lain, di mana ia menampakkan lebih kasual ketika digayakan.

Berbutang dari kolar hingga ke penghujung baju dan kolar berbentuk gelung penyangkut, shirt jenis ini senang disangkut di dalam almari.

Oxford shirt yang paling patut ada dalam wardrobe kaum lelaki dan sesuai untuk hampir ke semua dress code.

Untuk tampak lebih kasual, dipadankan dengan jeans, corduroy atau seluar chinos. 

 

  • Henley shirt

henley shirt

Henley shirt ialah shirt kasual yang boleh dikatakan sebagai “upgrade” dari tee biasa, bawah dari shirt polo tetapi lebih stylish dari crewneck sweatshirt.

Tidak kisah anda menghabiskan masa seharian menonton Netflix atau keluar minum bersama rakan, henley shirt adalah tambahan yang patut ada dalam wardrobe lelaki.

 

  • Dress shirt

dress

Tidak kisah lah jika anda jarang menghadiri majlis kenamaan atau perkahwinan, di mana anda jarang untuk berada di posisi berkeperluan memakai Tuxedo, tak salah untuk add-on dress shirt dalam wardrobe.

Dress shirt, juga dikenali sebagai classic evening shirt, diperbuat dari material fabrik jenis pique.

 

  • Flannel shirt

flannel shirts

Selain dari Oxford shirt, flannel shirt juga salah satu must-have shirt anda.

Tidak kisah sama ada anda memilih untuk menggayakan flannel dengan pattern plaid atau plain, ia masih versatil untuk apa-apa gaya.

Anda boleh ‘layer’ kan dengan baju t-shirt kosong di dalam untuk nampak timeless.

 

  • Polo shirt

Tidak seperti t-shirt biasa, Polo shirt dengan warna bold juga satu jenis baju must-have untuk penggayaan kasual dan formal.

Dengan pelbagai jenama di pasaran, dari Ralph Lauren, Lacoste dan jenama klasik lain, pelbagai jenis polo telah disempurnakan dengan pelbagai rekaan selama beberapa dekad.

Polo shirt sesuai untuk semua jenis potongan badan, walau anda berbadan agak sedikit gempal.

Dengan pelbagai pilihan warna, anda boleh padankan mengikut kesesuaian bentuk badan anda.

 

  •  Linen shirt

linen shirts

Linen shirt adalah pilihan versatile dan stylish untuk wardrobe lelaki.

Fabrik shirt linen agak tipis dan sesuai untuk cuaca panas Malaysia.

 

  •  Mandarin collar/band collar shirt

mandarin collar

Mandarin collar shirt adalah pilihan klasik untuk majlis formal tatkala anda sudah bosan memakai shirt berkolar dan tali leher.  

Juga salah satu daripada must-have shirt, padankan dengan jeans biru untuk mendapatkan vibe dressed-down. Singsingkan lengan baju untuk nampak lebih swagger.

 

Tips Penjagaan Shirts

 

  •  Periksa care label

Hampir ke semua shirt, tidak kisah cotton, linen, atau polyester senang dibasuh.

Walau senang dibasuh atau washable, anda harus double-check  care label di kolar shirt untuk memastikan sama ada ia selamat dibasuh seperti biasa.

Jika care label menandakan “Machine wash”, maka ia selamat untuk dibasuh seperti biasa.

Tapi, jika care label mempunyai simbol baldi dan pangkah di atasnya, atau perkataan “Dry Clean Only” atau “Do Not Wash”, disarankan untuk basuh dengan kaedah dry cleaners.

Care label sebegini selalunya di dapati di fabrik jenis bulu dan sutera kerana tidak mesra mesin basuh.

Bagi care label “Hand Wash Only”, basuh shirt tersebut dengan tangan dan sentalan secara lembut sahaja.

 

  • Asingkan shirt putih dan berwarna

Jika anda membasuh banyak baju, asingkan yang berwarna dari baju-baju putih.

Ini untuk mengelakkan “bleeding” atau warna baju terang mengotorkan shirt berwarna putih.

 

  • Pusingkan baju ke dalam sebelum membasuh

Memusingkan baju ke dalam sebelum membasuh membantu menghilangkan kesan deodoran di celahan baju bahagian dalam.

Jangan lupa untuk menarik lengan baju seperti bahagian lain.

 

  • Sental di bahagian kotoran degil

Check terlebih dahulu sama ada shirt anda mempunyai kotoran atau tidak. 

Jika ada, basahkan bahagian tersebut dengan air sejuk.

Kemudian, ambil satu sudu serbuk pencuci baju dan tabur di atas kotoran tersebut.

Biar serbuk pencuci baju menyerap ke fabrik shirt anda dalam 5 minit dan sental di bahagian tersebut sebelum masuk ke dalam mesin basuh.

 

Kesimpulan

Jenis shirt yang dipilih untuk dipakai perlulah sesuai dengan jenis majlis yang dihadiri.

Terutama, sebagai pengantin lelaki, jika anda memilih untuk memakai tuxedo atau suit, pastikan anda memilih shirt yang sesuai untuk nampak segak di hari bahagia.

Untuk bakal pengantin, anda boleh tempat baju perkahwinan anda di Omar Ali.

Anda boleh berkunjung ke salah satu cawangan Omar Ali di:

  • Kampung Baru (HQ)
  • Wisma Yakin
  • Shaftsbury Putrajaya Mall
  • TTDI
  • SACC Mall
  • Melawati Mall
  • Bukit Tunku

Whatsapp Omar Ali Sekarang!