Skip to main content

Bagi yang berbadan besar, mesti sukar untuk anda mencari fesyen baju untuk badan gempal yang betul-betul sesuai dengan anda.

 

Ya lah, walaupun ada sahaja baju plus size, tapi kebanyakan rekaan masih tidak sesuai dengan saiz badan anda.

 

Tapi, ada sahaja koleksi fesyen baju untuk badan gempal, cuma anda perlu perhatikan beberapa ciri yang menepati bentuk badan ini. Baca selanjutnya untuk mengetahui tips ini.

 

Tips Fesyen Baju Untuk Badan Gempal

 

1. Pilih Baju Berwarna Gelap

Bagi yang berbadan gempal, terutamanya wanita, anda digalakkan memilih baju yang berwarna gelap.

 

Elakkan baju yang berwarna cerah kerana akan menampakkan lagi benjolan yang anda mahu tutup pada awalnya.

 

Warna gelap boleh memberikan effect kurus, jadi lebih elok sekiranya anda mula memakai baju berwarna gelap seperti warna coklat, biru tua dan lain-lain.

 

2. Elak Corak Baju ‘Horizontal’

Trend tahun 2023 baju sweatshirt bergaris ‘horizontal’ ini mungkin membuatkan sesetengah orang nampak kemas dan cantik.

 

Tetapi, corak horizontal atau melintang akan membuat badan seseorang lebar dan ini akan membuatkan anda nampak lebih besar!

 

Oleh sebab itu, pastikan corak bunga atau garis di baju anda menegak dan tidak terlalu banyak di atas baju tersebut. Lebih sesuai jika anda gayakan baju tiada corak.

 

3. Elak Design Yang ‘Add Volume’ Tubuh Badan

Jika anda mempunyai bentuk badan ‘pear’, anda tidak digalakkan untuk memakai baju yang menonjolkan bahagian pinggul.

 

Contohnya, design ropol-ropol atau cutting kembang akan buatkan pinggul nampak lebih besar dan menambahkan volume badan.

 

4. Elak Jenis Fabrik Keras & Licin

Selain design, anda juga perlu take note dengan jenis fabrik baju.

 

Fabrik yang agak keras teksturnya tidak sesuai kerana ianya akan beri impak pada tubuh dan akan menampakkan tubuh lebih lebar.

 

Fabrik jenis silk juga disarankan untuk elak dipakai kerana pantulan yang dihasilkan oleh kain ini akan membuatkan si pemakai lebih gempal.

 

5. Pilih Baju Longgar

Saiz yang sesuai dan tepat tidak akan menonjolkan bentuk badan yang tidak cantik.

 

Untuk tips fesyen baju berbadan gempal kali ini, anda lebih sesuai dengan pakaian longgar malah ia tuntutan syariat Islam untuk berpakaian sebegini.

 

Setiap jenama baju mempunyai ukuran berlainan, jadi lebih elok anda mencuba pakaian terlebih dahulu.

 

Jenis Bentuk Badan Wanita

Sumber: Pinterest

  • Lurus

    fesyen untuk badan gempal

    Sumber: wantable.com

Mereka yang mempunyai bentuk badan lurus biasanya setiap bahagian badan anda mempunyai ukuran yang sama.

 

Model dan supermodel sering mempunyai bentuk badan lurus kerana garis pinggang hampir sama dengan sisi bahagian atas.

 

  • Pear

    Sumber: wantable.com

Bentuk badan pear dikenal pasti dengan melihat ukuran pinggul yang besar dan saiz payudara yang lebih kecil.

 

Anda mempunyai pinggul yang lebar dan sekiranya anda memakai seluar baggy atau palazzo, anda akan kelihatan cantik.

 

  • Epal

fesyen untuk badan gempal

Sumber: wantable.com

Berbeza dengan bentuk badan pear, bentuk badan jenis epal ini mempunyai saiz payudara yang besar berbanding pinggul, dan pinggang.

 

Di bahagian pinggul pula hampir sama dengan pinggang dan kaki serta lengan anda langsing.

 

Jika berat badan anda bertambah, jangan risau tentang peha anda melebar. Berat anda akan lebih ketara di atas berbanding di bahagian bawah.

 

Ini kerana walaupun anda pakai saiz baju besar dan seluar skinny, lazimnya, anda masih kelihatan kurus dan langsing.

 

  • Segi Tiga Terbalik

Untuk bentuk badan ini, anda mempunyai bahu yang luas, pinggul yang kecil dan kaki yang langsing.

 

Bentuk badan ini sangat sesuai dengan pakaian yang melebihkan detail di bahagian pinggul. Baju ala tuxedo sangat sesuai untuk tubuh badan segi tiga terbalik.

 

  • Hourglass

Sumber: wantable.com

Bak hourglass, bahagian punggung dan payudara anda setara saiznya dan pinggang juga tidak terkecuali.

 

Bahu anda sedikit bulat tetapi masih sama lebarnya dengan pinggang.

 

  • Bujur

Sumber: StyleCraze

Badan berbentuk bujur ini dikenalpasti apabila bahagian payudara lebih ketara dari bahagian lain.

 

Pinggul akan menjadi sempit, dan bahagian tengah akan kelihatan penuh. 

 

Bentuk badan ini senang mendapat berat badan yang lebih ketara di bahagian perut.

 

Pinggang tidak begitu jelas dan akhirnya menjadikan bahagian badan yang paling luas.

 

Rata-rata daripada anda dengan badan sebegini mempunyai punggung rata, dan kaki masih tampil langsing.

 

Penutup

Kunci untuk mencari fesyen baju untuk badan gempal yang sesuai pokok pakalnya haruslah yang selesa untuk dipakai harian dan setiap masa.

 

Dengan tips yang kami kongsikan dengan anda, anda boleh bereksperimen setiap dari tips ini dan lihat apa yang paling sesuai dengan saiz badan anda.

 

Anda juga boleh bergaya seperti saiz badan yang lain. Apa yang penting, anda perlu yakin dengan diri anda untuk cuba pelbagai fesyen yang ada.

 

Jika anda lebih selesa dengan baju custom-made, anda boleh menempah baju di Omar Ali. Layari website Omar Ali untuk buat tempahan.