Skip to main content

Cara pakai samping yang tidak betul sudah tentu membuatkan si pemakai kelihatan tidak kemas atau seperti hilang seri. 

Memakai baju melayu cekak musang, baju melayu teluk belanga atau baju melayu tradisional tanpa samping seakan tidak lengkap. 

Kadang-kala kita pernah melihat atau anda sendiri pernah memakai samping dengan herot-berot kerana tidak memakainya dengan cara yang betul.

Untuk belajar cara pakai samping, teruskan membaca artikel ini untuk perkongsian yang boleh membantu anda. 

 

Makna Disebalik Ikatan Samping

 

Masyarakat Melayu amat kaya dengan adab, santun dan tertib tersendiri. 

Golongan anak muda perlu menghargai pemakaian busana tradisi samping dengan mendalami falsafah di sebalik penggunaannya dalam pemakaian.

Selain tanda kehormatan diri, pemakaian samping diibaratkan untuk melindungi aurat. Ciri-ciri samping dilihat lengkap dengan mempunyai bahagian kepala, kaki dan badan kain.  

Samping merupakan sejenis kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar pada pakaian Melayu. Biasanya terletak daripada pinggang hingga ke paras lutut. 

Namun, terdapat bahasa adat dalam pemakaian samping yang diamalkan oleh masyarakat Melayu iaitu membawa maksud-maksud tertentu kepada si pemakai. 

Mungkin anda pernah dengar, jika kain samping labuh dibawah lutut bererti si pemakai sudah berkahwin. Manakala, bagi bujang pula adalah sebaliknya. 

Ringkasannya adalah:

  • Status berkahwin dan mempunyai pasangan: Samping dipakai sehingga ke bawah paras lutut
  • Status bujang: Samping dipakai atas paras lutut

Bagaimanapun, kini semua orang telah mempunyai kebebasan untuk memilih cara pakai samping mengikut cita rasa masing-masing tanpa perbezaan pangkat dan gelaran. 

Yang penting, keterampilan si pemakai tidak kira muda atau tua sudah pasti lebih menyerlah apabila berbaju Melayu bersama kain samping.

 

4 Jenis Ikatan Samping 

 

Ikatan samping boleh dibahagikan kepada empat jenis ikatan yang utama. 

Cara paling asas memakai kain samping ini amat mudah iaitu memegang bahagian tengah lalu bahagian kiri dan kanan dilipatkan ke bahagian tengah, kemudian digulung.

Lazimnya gaya ikatan ini menjadi pilihan ramai tidak mengenal usia kerana amat senang. 

 

  • Ikatan Pancung 

Ikatan pancung merupakan ikatan yang biasanya dapat dilihat pada penari-penari. Ikatan jenis ini memudahkan pergerakan.

Cara memakai samping ikatan pancung: 

  1. Dengan menggunakan kain lepas, kain dililitkan di pinggang
  2. Kain ‘dipancung’ iaitu disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah

 

  • Ikatan Kembung

Ikatan ini popular dipakai oleh mempelai lelaki-lelaki semasa acara pernikahan.

Cara memakai samping Ikatan Kembung:

  1. Kain ditarik ke bahagian tengah atau tepi badan untuk diikat dan disimpul
  2. Ikat dan simpul supaya melekat dengan kemas di pinggang

 

  • Ikatan Lingkup

Ikatan lingkup sering kali digayakan semasa musim perayaan dan acara rasmi oleh kebanyakkan lelaki kerana boleh disiapkan dalam tempoh yang singkat. 

Pemakaiannya seakan sama dengan cara memakai kain sarung harian biasa. 

Cara memakai samping ikatan lingkup:

  1. Kain digulung ke atas dan di lingkup ke bahagian depan atau bahagian depan samping.

 

  • Ikatan Anak Raja Lima

Imbangkan kain samping pada bahagian tengah. Susun dan lipat ke arah bawah. Kemaskan lapisan bertingkat. Ambil bengkung dan kemaskini ikatan samping pada bahagian pinggang. 

Cara memakai samping Ikatan anak raja lima:

  1. Imbangkan kain samping pada bahagian tengah
  2. Susun dan lipat ke arah bawah
  3. Kemaskan lapisan bertingkat
  4. Ambil bengkung dan kemaskan ikatan samping pada bahagian pinggang

 

Cara Memilih Samping

 

cara pakai samping

Di pasaran terdapat banyak pilihan warna, corak dan jenis kain samping untuk kaum Adam menggayakan dengan baju Melayu.

Mahu warna pastel atau warna bold, mahu jenis kain songket, batik atau pelikat? Adakah lebih gemar samping tradisional atau samping instant (samping pasang siap)?

 

  • Rona senada dengan baju Melayu

Kain samping berwarna terang elok dipadankan dengan baju Melayu berwarna cerah untuk menarik perhatian.

Ia akan memberi kontras dan menjadikan si pemakai nampak lebih menyerlah dengan baju Melayunya. 

Contoh, samping warna merah bercorak dipadankan dengan baju Melayu berwarna kelabu. 

Namun, kain samping berwarna lembut atau pastel sering menjadi pilihan kerana mudah untuk dipadankan dengan semua warna. 

 

  • Pemilihan corak

Untuk corak pula, pelbagai jenis corak seperti songket yang ditenun tangan dengan motif yang padat menggunakan benang emas dan perak.

Pilihan pengantin untuk pernikahan atau persandingan selalunya lebih memilih songket kerana auranya yang lebih dekat dengan seri pengantin.

Elakkan memilih corak yang terlalu sarat kerana bimbang akan menenggelamkan penampilan si pemakai.

Untuk kekemasan, sematkan pin supaya tidak mudah terburai terutama apabila banyak melibatkan pergerakan badan. 

Kesimpulannya, pemakaian samping yang betul akan membuatkan penampilan seseorang lelaki itu bertambah segak, kemas dan selesa. 

Buat anda yang ingin mencari kelainan rekaan samping, mari cuba sentuhan daripada butik Omar Ali. 

Hasil tangan Omar Ali amat mementingkan kualiti yang bermutu untuk menjamin keselesaan pelanggan disamping menampilkan gaya yang lebih menawan. 

Selain samping, di butik Omar Ali juga menyediakan kelengkapan dan tempahan busana tradisional Melayu dan baju pengantin.

Anda boleh berkunjung ke salah satu cawangan Omar Ali yang berdekatan:

  • Kampung Baru (HQ)
  • Wisma Yakin
  • Shaftsbury Putrajaya Mall
  • TTDI
  • SACC Mall
  • Melawati Mall
  • Bukit Tunku

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di WhatsApp.

 

WhatsApp Omar Ali Sekarang!