Skip to main content

Selusuri sejarah batik Malaysia yang penuh unik dan tersendiri.

Batik Malaysia dikenali sebagai salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia adalah teknik percetakan yang dikenali sebagai ‘mencanting’ batik.

Ia dilakukan dengan menerap lilin cair dan mencelupnya dengan warna. Mengikut sejarah, batik mula diperkenalkan di Kelantan sejak tahun 1910.

Malah ianya lebih awal daripada itu.

Kira-kira pada tahun 1770-an, sejenis batik yang dikenali sebagai Batik Pelangi telah diperkenalkan.

Sehingga kini, perusahaan pakaian batik Malaysia banyak bertumpu di negeri-negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu.

Hasil pembuatan batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa. Rekaannya yang bermutu tinggi dan coraknya yang unik menambat hati peminat pakaian tradisional.

Seni batik bukan sahaja digemari rakyat Malaysia, bahkan pelancong juga meminatinya.

Mereka menjadikannya cenderahati sekembalinya ke mereka negara asal.

 

asal usul batik malaysia

 

Maksud Batik

Perkataan batik berasal daripada 2 perkataan Jawa; amba dan nitik.

‘Amba’ merujuk sebagai tulis, manakala ‘nitik’ pula bermaksud membuat titik.

Batik secara khususnya membawa erti kain yang dilukis dengan corak yang menarik dan terang.

Dikatakan batik telah wujud sejak lebih 1,000 tahun dahulu. Berkemungkinan berasal dari Mesir Kuno.

Di alam Melayu, batik disebut di dalam sejarah pada abad ke-17.

Ia melibatkan kisah tentang Sultan Mahmud yang mengarahkan Laksamana Hang Nadi untuk mencari 140 kain serasah (batik) dengan 40 jenis bunga yang berbeza.

Hang Nadim belayar ke India untuk mendapatkan kain batik itu namun tidak menemuinya.

Beliau kemudian membuat corak batik sendiri. Namun dalam perjalanan pulang, kapal yang dinaiki Hang Nadim karam dan hanya sempat menyelamatkan empat helai kain sahaja.

 

Proses Penghasilan

 

Batik Malaysia dihasilkan dengan beberapa kaedah, proses dan motif tertentu.

Kebiasaannya, proses membuat batik menggunakan alatan seperti kain, blok penerap, campuran lilin, pencelup dan meja.

 

corak batik malaysia

 

Penghasilan batik lebih mudah dan sesuai dengan menggunakan kain kapas.

Kaedah menghasilkannya adalah seperti berikut:

 

  • Terap dengan lilin pertama,
  • Kain akan dicelup dengan warna yang sedikit gelap,
  • Kemudian akan melalui proses terap untuk kali kedua dan dicelup dengan warna yang gelap lagi.
  • Proses ini dilakukan sebanyak beberapa kali sebelum kain direbus di dalam air yang mengandungi soda.
  • Ketika proses rebusan, beberapa warna berlainan akan kelihatan. 
  • Kain tersebut akan dijemur sehingga kering.

 

Batik Malaysia terbahagi kepada tiga jenis:

 

Batik conteng 

Lakaran corak batik pada kain menggunakan lilin panas.

Proses mewarna menggunakan berus cat mengikut kesesuaian corak.

Tiada kesan warna ditinggalkan di bahagian yang terkena lilin selepas proses mematikan warna dilakukan.

Lilin tersebut akan cair dan tanggal, di mana bahagian-bahagian tersebut dianggap sebagai ‘benteng’.

 

batik malaysia

 

Batik blok 

Blok corak diperbuat sama ada dari logam atau kayu dengan ukiran corak-corak tertentu.

Blok akan dicelup dengan pewarna sebelum diterap di atas kain.

Proses ini akan dilakukan sebanyak beberapa kali sehingga corak pada kain.

 

Batik skrin

Kaedah ini berbeza dari segi melakar corak dan menerap warna.

Kain jenis polyester digunakan untuk membentuk corak batik dan diterap pada kain putih.

Proses pewarnaan pada kain pula menggunakan sekuji.

Langkah ini akan dilakukan secara berulang-ulang dengan corak yang berlainan sehingga menghasilkan corak batik yang lengkap.

Coral batik Malaysia sering menggunakan corak seperti berdiri, menyeluruh, menyerong, ulangan batu-bata dan selang-seli.

Manakala motif batik pula ialah corak hiasan yang diguna semasa proses melukis dan menerap batik.

Dua bentuk utama motif batik yang biasa dijumpai adalah:

  • Motif organik (awan sarat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan)
  • Motif geometrik (campuran bunga kotak dan pucuk rebung).

 

kemeja batik malaysia

 

Penggunaan batik di kalangan rakyat Malaysia amat meluas.

Untuk wanita, kain batik selain digunakan sebagai kain sarung dan basahan di rumah.

Ia juga boleh disesuaikan dengan fesyen baju kurung atau kebaya.

Fesyen lelaki juga tidak terlepas dengan corak batik yang dijadikan sebagai kemeja.

Pakaian dengan corak batik sering digunakan dalam majlis-majlis keramaian dan formal.

Biasanya, ianya dijadikan pakaian formal. Sektor awam mewajibkan pekerjanya memakai pakaian batik pada hari Khamis.

Hari ini, terdapat banyak jenama dan butik yang menjual kemeja batik untuk lelaki.

Selain corak batik Malaysia, ada juga sesetengah peniaga membawa masuk batik dari Indonesia yang mempunyai corak dan motif yang sedikit berbeza.

Namun, siapa lagi yang seharusnya menyokong industri batik tempatan selain kita sendiri.

Rakyat Malaysia perlu sentiasa berusaha memartabatkan batik Malaysia dan berbangga dengan keunikan ini.

Dapatkan kemeja batik terbaik daripada Omar Ali. Sesuai dipakai untuk menghadiri majlis keramaian dan formal.

Bajunya dijahit dengan kemas, membolehkan anda selesa memakainya sepanjang hari.

Dengan 10 corak dan warna yang menarik, kemeja batik Malaysia ini juga dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang.

 

koleksi batik malaysia omar ali koleksi batik malaysia omar ali

 

Dengan mengambil kira keselesaan kain dan corak batik yang eksklusif, koleksi kemeja batik Omar Ali ini dijual dengan harga RM399 sepasang.

Anda boleh berkunjung ke butik mereka di alamat: Omar Ali Villa, 37, Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.

 

Klik sini untuk order baju batik Omar Ali secara online.