Skip to main content

Ramai pasangan melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan ketika cuti persekolahan.

Anda dan pasangan sedang merancang untuk bertunang? Walaupun persiapannya tidak seberat seperti mengadakan majlis kahwin, namun masih ada beberapa perkara perlu diambil kira.

Sedang mencari baju tunang? Kami akan kongsikan koleksi menarik sepanjang 2020 untuk rujukan anda.

Image result for majlis bertunang

Setelah sekian lama menyulam kasih, pastinya sudah tiba masanya untuk setiap pasangan memikirkan hal berkenaan ikatan perkahwinan.

Namun, sebagaimana adat Melayu, sebelum ke fasa berkenaan, rata-rata pasangan memilih untuk mengikat tali pertunangan.

adat bertunang

Bertunang dirujuk sebagai tempoh perjanjian sebelum menikah tanpa sesuatu tempoh yang ditetapkan. Ia bergantung kepada keupayaan kedua-dua belah pihak berkenaan.

Majlis bertunang biasanya lebih mudah dan persiapannya juga tidak seremeh seperti mengadakan majlis kahwin.

Yang pasti perlu ada adalah sebentuk cincin sebagai tanda, manakala hantaran dan pelamin biasanya ringkas sahaja.

Semestinya seorang perempuan mahu kelihatan cantik dan menawan, apatah lagi ketika mungkin pertama kali bertemu dengan ahli-ahli keluarga bakal pasangannya.

Sebelum ini mari kita kenali keserasian busana pertunangan mengikut bentuk badan.

Pilih Baju Tunang Mengikut Bentuk Badan

1. Bentuk Epal

bentuk badan epal

Pastikan anda memilih warna yang sesuai seperti warna terang untuk bahagian atas dan warna gelap untuk bahagian bawah badan untuk membantu tampak langsing.

Elakkan memakai rekaan beropol kerana badan akan kelihatan seperti tak seimbang.

2. Bentuk Hourglass

bentuk badan hourglass

Bertuah jika anda memiliki badan seperti ini kerana amat cocok untuk memakai apa sahaja rekaan.

Contohnya menggayakan baju tunang dengan potongan A-Line pasti anda kelihatan ramping dan menawan.

Kalau boleh elak memilih rekaan jenis straight cut kerana ini menampakkan pinggan dan pinggul anda tidak padat.

3. Bentuk Pear

Cari potongan baju yang tidak terlalu kembang, bewarna terang dan menambah sedikit perincian di bahagian lengan baju dan bahu supaya kelihatan seimbang.

Untuk mengelakkan pinggul kelihatan lebih besar, jangan sesekali pilih rekaan maxi dress ya.

Koleksi Baju Tunang Perempuan Dari Omar Ali

Serlahkan kecantikan luaran dan dalaman di majlis pertunangan anda dengan memilih koleksi baju tunang daripada Omar Ali.

Mula wujud sejak tahun 1935, jenama Omar Ali sememangnya dikenali sebagai pakar dalam jurujahit pakaian tradisionak Melayu berkualiti tinggi.

Kini ia mengorak langkah dengan memperkenalkan rekaan busana tunang khas buat wanita yang mahu tampil elegan, sopan dengan menggabungkan konsep moden dan tradisional.

Koleksi Off White

Ramai wanita memilih baju tunang bewarna putih untuk majlis mereka kerana menganggap lebih mudah dan simple.

Dengan meletak perincian seperti lace dan batu, semestinya menaikkan lagi seri seseorang wanita itu, ditambah pula dengan pemakaian veil dan aksesori ringkas di atas kepala.

Perlu ingat, rekaan baju tunang tidak perlu sarat seperti baju nikah dan baju sanding ya!

Ada lima (5) pilihan baju tunang putih Omar Ali yang anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

baju tunang off white
baju tunang off white
baju tunang off white
baju tunang off white

Koleksi Dusty Pink dan Pink

Rona merah jambu juga kerap menjadi pilihan ramai wanita untuk dipakai ketika majlis tunang dan akad nikah.

Warna ini membantu menyerlahkan keayuan dan kesopanan si pemakainya.

Baju-Nikah-Lace_pink
https://omarali.com.my/wp-content/uploads/2019/10/Baju-Nikah-Lace_dusty-pink3-510x765.jpg

Koleksi Hazelnut

Buat anda yang gemar warna nude, ini merupakan pilihan sesuai buat anda.

https://omarali.com.my/wp-content/uploads/2019/10/Baju-Nikah-Lace_hazelnut2-510x765.jpg

Koleksi Sky Blue

Sesuai buat anda yang menyukai rona lembut dan mahu tampil klasik di hari pertunangan.

https://omarali.com.my/wp-content/uploads/2019/10/Baju-Nikah-Lace_sky-blue3-510x765.jpg

Koleksi Silver Grey

Siapa kata warna kelabu tampak kusam? Jika kena dengan rona lembutnya dan pemilihan perinciannya, gaya anda pada hari pertunangan pasti memukau.

https://omarali.com.my/wp-content/uploads/2019/10/Baju-Nikah-Lace_silver-grey1-510x765.jpg

Koleksi Black

Tak ramai menggayakan baju tunang bewarna hitam.

Namun jika anda seorang yang berani dan mahu menjadi lain dari yang lain, Omar Ali ada koleksi baju tunang bewarna hitam.

https://omarali.com.my/wp-content/uploads/2019/10/Baju-Nikah-Lace_Black3-510x765.jpg

Rambang mata dibuatnya, kan?

Kesemua koleksi baju tunang Omar Ali pasti memikat hati si dara yang sedang teruja untuk merancang majlis pertunangan.

Apatah lagi dengan potongan baju kurung moden dan dihiasi dengan lace, kesemua koleksi ini amat berbaloi untuk dimiliki kerana berharga RM699 sahaja!