Skip to main content

Seperti kelazimannya, Omar Ali kekal menawarkan koleksi baju tradisional Melayu yang eksklusif untuk keceriaan di pagi Syawal.

Menjelang sambutan Aidilfitri, terdapat pelbagai baju raya dengan rekaan fesyen terbaru berada di pasaran, kan?

Kini, anda juga boleh memiliki busana tradisional Melayu lelaki dan wanita dewasa dengan gaya minimalist dan moden. 

Jom lihat koleksi baju tradisional Melayu ready to wear keluaran istimewa hanya ada di Omar Ali.

Koleksi Baju Tradisional Melayu Di Omar Ali

Seiring dengan peredaran masa, busana tradisional ini telah berkembang dari semasa ke semasa.

Pada hari ini, kita dapat menyaksikan baju Melayu dan baju kurung yang masih relevan untuk digayakan.

Sentuhan Omar Ali yang eksklusif ada menawarkan koleksi baju tradisional Melayu sebagai pelengkap di pagi Syawal anda.

Koleksi Baju Kurung

Omar Ali mempunyai rekaan pakaian Melayu tradisional wanita seperti koleksi baju kurung moden yang sangat cantik.

Koleksi baju kurung di Omar Ali masih mempunyai ciri-ciri warisan tradisional yang relevan untuk dipakai pada zaman yang moden.

  • Baju Kurung Mekar

baju kurung pahang raya

Baju Kurung Mekar menerapkan potongan jenis Riau-Pahang yang memberi efek mewah apabila digayakan.

Keselesaan busana ini yang menggunakan material cotton menjadi faktor utama pilihan ramai wanita.

Rekaan minimal Baju Kurung Mekar ini membentuk sisi anggun dan memberi aura klasik kepada pemakai.

Busana yang ringkas dan praktikal sememangnya merupakan pilihan terbaik untuk menjamin keselesaan pergerakan anda.

Untuk memudahkan proses pemilihan baju raya, baju kurung ini memiliki sehingga 18 warna-warna yang menarik.

  • Baju Kurung Classic Cotton

baju kurung pahang raya

Baju Kurung Classic Cotton diperbuat daripada material cotton yang berkualiti tinggi dan jahitan yang cukup kemas.

Tidak hairan busana ini dijamin selesa dan sedap dipakai sepanjang hari daripada pagi sehingga malam.

Baju Kurung Classic Cotton sangat mudah untuk dijaga dan dicuci kerana material sukar berkedut dan tidak berbulu.

Busana ini cukup istimewa dengan potongan yang lebih longgar dan sopan serta memiliki 16 pilihan warna untuk dipilih.

Corak sederhana besar yang minimal membuatkan si pemakai pasti kelihatan lebih tinggi dan berkeyakinan.

Koleksi Baju Melayu

Sempena bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, Omar Ali juga tampil dengan koleksi baju Melayu yang eksklusif.

Keistimewaan pada baju Melayu Omar Ali terletak pada jahitan yang memuaskan dan jenis fabrik yang berkualiti.

a) Mekar 2023

baju melayu raya

Raya 2023 mempamerkan rekaan terbaru daripada Omar Ali iaitu Baju Melayu Mekar.

Ia merupakan baju Melayu Cekak Musang diiringi dengan lima butang dan mempunyai potongan moden.

Cekak Musang popular kerana kelihatan kemas dan ditambah pula keindahan pada butang baju Melayu tersebut.

Dipadankan pula samping secara penuh yang dipakai di luar baju sudah tentu membuatkan si pemakai nampak kacak bergaya.

Kain yang digunakan untuk membuat baju Melayu ini adalah daripada kain cotton yang tahan lasak dan mudah digosok.

Antara koleksi warna yang boleh didapati untuk Baju Melayu Mekar ialah apple green, steel blue, rose pink dan banyak lagi.

b) Classic Cotton

baju melayu raya

Koleksi baju Melayu Classic Cotton ini menjadi buruan para jejaka yang ingin kelihatan segak dan tampan di Hari Raya.

Rekaan ini menjadi pilihan untuk pemakai yang amat mementingkan makna kepuasan semasa bergaya.

Kain jenis cotton merupakan kain yang menjadi pilihan ramai kerana nampak kemas dan tidak mudah kusut.

Seperti kebiasaan untuk para lelaki memilih baju raya cekak musang atau teluk belanga dengan pelbagai warna.

Istimewa baju Melayu Classic Cotton, ada dua jenis pilihan kolar iaitu Teluk Belangga Johor dan Cekak Musang yang boleh dipilih mengikut citarasa.

Baju Melayu ini terdiri daripada warna soft dan warna bold yang sangat mudah dipadankan dengan samping yang sesuai.

c) Woolen Satin

baju melayu raya

Penggunaan fabrik woolen satin yang sedikit berkilat membuatkan baju Melayu ini kelihatan premium dan menawan.

Ini menjadi pilihan untuk mereka yang mencari baju Melayu Cekak Musang dengan 5 butir butang di bahagian leher.

Antara warna-warna yang ada ialah sky blue, black, cloud grey, plum purple dan banyak lagi.

Menunggu kedatangan bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, sudah tentu memerlukan persiapan rapi termasuk pakaian.

Anda boleh mengunjungi butik Omar Ali yang berhampiran untuk memiliki koleksi baju tradisional Melayu yang eksklusif ini.

Berikut merupakan senarai cawangan butik Omar Ali untuk membuat pembelian di kedai: 

  • Kampung Baru (HQ)
  • Wisma Yakin
  • Shaftsbury Putrajaya Mall
  • TTDI
  • SACC Mall
  • Melawati Mall
  • Bukit Tunku

Dapatkan koleksi baju tradisional Melayu untuk lelaki dan wanita yang cantik, selesa dan premium hanya di Omar Ali.

Klik Sini Untuk Pembelian Baju Raya Anda