Skip to main content

Saban tahun, sambutan Aidilfitri menginjak ke awal tahun – begitu juga sesi mencari baju raya sedondon buat seisi keluarga perlu dibuat lebih awal.

Dalam mencari baju yang sedondon untuk semua ahli keluarga, dari si kecil sehingga ke dewasa; mesti ada di kalangan anda yang pening memilih brand apa yang terbaik untuk semua.

Jangan risau, Omar Ali adalah antara brand tempatan yang menawarkan baju raya untuk seisi keluarga dengan kepelbagaian dan variasi warna serta corak yang sesuai untuk tahun 2024 ini.

Jom kita lihat koleksi baju raya sedondon untuk keluarga anda dengan lebih lanjut!

 

Baju Raya Sedondon Bersama Keluarga Lebih Mudah di Omar Ali!

Seringkali koleksi Baju Melayu dan Baju Kurung tidak kira umur dan saiz tidak mempunyai pilihan warna yang banyak.

Lebih 18 pilihan warna untuk setiap busana ini ditawarkan supaya anda lebih mudah membuat keputusan dan senang membeli di satu tempat sahaja.

 

Variasi Saiz Yang Banyak

Dalam mengekalkan keeleganan busana tradisional Melayu ini, Omar Ali menekankan tidak kira saiz badan, anda boleh menikmati raya yang meriah.

Seiring pelbagai saiz baju, kualiti kain busana tidak kurang walau untuk saiz yang lebih besar. Material kapas adalah material utama dalam pembuatan koleksi baju tradisional di Omar Ali.

Selesa dan berkualiti; bukan sahaja pelbagai saiz – anda juga boleh membuat tempahan eksklusif tau!

Baca sehingga habis untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Lengkap Baju Raya Sedondon Di Pagi Raya Dengan Mekar, Classic Cotton

1. Baju Kurung Mekar

baju kurung“Mekar” – seperti namanya, Baju Kurung Mekar mempunyai pesak kembang, menawarkan ilusi bentuk badan ramping bak peragawati.

Direka dengan variasi pilihan warna busana sebanyak 18 warna; anda sekeluarga tak perlu lagi risau tidak menjumpai baju raya sedondon untuk sekeluarga.

 

2. Baju Kurung Classic Cotton

baju kurung classic cottonBukan koleksi Mekar sahaja, koleksi Classic Cotton menawarkan 16 pilihan warna yang menarik untuk anda sekeluarga gayakan di pagi Syawal.

Warna klasik, pastel dan terang – senanglah untuk anda memakai sedondon dengan si Suami.

Potongan jenis Riau sesuai untuk semua jenis bentuk badan, menampakkan anda ramping dan ayu.

Bukan para ibu sahaja, Baju Kurung Cotton Classic boleh juga didapati dalam saiz kanak-kanak.

 

3. Baju Melayu Mekar

baju melayu mekar

Tak lengkap jika tiada koleksi Baju Melayu berkolar Cekak Musang di pagi raya.

Koleksi Baju Melayu Mekar menampilkan kolar jenis ini, potongan baju dan seluar yang longgar buat mereka yang ingin selesa dalam suasana raya.

Turquoise, Silver Green Sapphire White, Purple Sand – adalah antara 18 pilihan warna yang buat anda rambang mata.

Bukan sahaja dewasa, koleksi ini juga disediakan untuk kanak-kanak lelaki.

Koleksi-koleksi baju raya sedondon di Omar Ali tidak akan mengecewakan anda dan pocket anda.

Dengan pengekalan potongan klasik di setiap busana, raya anda lebih bermakna dan elegan dengan mengenakan koleksi baju raya Omar Ali.

Selain dari koleksi Ready-to-Wear (RTW), anda juga boleh membuat tempahan sesuai citarasa anda di Omar Ali.

Terkadang baju tempahan khas lebih selesa untuk diri anda, bukan?

 

Dengan jadual harian yang tidak menentu, sudah tentu tidak sempat untuk berkunjung kedai ke kedai untuk membuat pilihan.

Perkhidmatan jahitan dari pintu ke pintu (Door to Door) Omar Ali menjimatkan masa dan tenaga anda pada kos yang berpatutan.

Bahkan memberikan kemudahan kepada anda untuk mempunyai tukang jahit pada bila-bila masa, tanpa melangkah keluar dari ruang kediaman anda.

Untuk perkhidmatan Door-to-Door, minimum:

  • Perbelanjaan RM 1,000

Walaupun begitu, servis ini boleh dilakukan walau kurang dari RM 1,000 tetapi akan dikenakan caj RM50/sekepala.

Prosedur Door-to-Door Tempahan Anda

1. Ambil Ukuran

Perkhidmatan pintu ke pintu kami bermula dengan mendapatkan ukuran badan yang terperinci.

Kemudian, tukang jahit mahir kami akan berbincang dengan anda ketika ini untuk memastikan kesesuaian terbaik untuk potongan yang diinginkan.

2. Pemilihan Material Busana

Selepas pengukuran, kami akan menawarkan pilihan fabrik/material khas untuk anda pilih.

Ciri yang paling ketara bagi rangkaian fabrik kami yang pelbagai ialah tahan lasak , breathable dan tahan lama.

3. Pemilihan Rekaan

Selepas anda memilih jenis material kain anda, kami akan mengadakan perbincangan ringkas tentang jenis reka bentuk atau ciri yang anda cari dalam pakaian yang dipesan terlebih dahulu.

Jenis kolar, potongan kain dan ciri-ciri rekaan yang lain adalah perbincangan lazim dalam proses ini.

4. Sesi Fitting

Tukang jahit profesional kami menawarkan sesi pemasangan dengan tambahan RM100.

Ini dilakukan untuk memastikan pakaian anda sesuai dengan badan anda.

Untuk langkah ini, anda boleh memilih sama ada untuk melakukan sesi fitting atau tidak.

 

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari website Omar Ali dengan tekan link di bawah atau hubungi kami di WhatApps!

 

Baju Raya Sedondon Di Omar Ali