Skip to main content

Hari raya merupakan suatu perayaan yang sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam. 

Tidak meriah hari raya jika kita tidak kenakan dengan baju raya yang baharu. 

Baju raya 2023 semestinya istimewa kerana terdapat pelbagai fesyen yang menawarkan rekaan dan warna-warna yang menarik. 

Omar Ali menawarkan baju raya dengan warna-warna yang cantik dan menarik sehingga 16 warna. 

Dengan pilihan yang pelbagai ini tentunya membuatkan kita akan rambang mata untuk memilih baju raya. 

Jom kita ikuti artikel ini untuk melihat koleksi baju raya dari Omar Ali untuk hari raya aidilfitri pada tahun ini. 

1. Baju Melayu Mekar 

Baju Melayu Mekar dari Omar Ali merupakan pilihan terbaik untuk anda yang ingin tampil menawan dengan busana yang elegan pada Hari Raya Aidilfitri. 

Baju Melayu Mekar ini mempunyai pelbagai pilihan warna, gaya kolar, dan saiz yang sesuai dengan citarasa anda.

Terdapat 18 warna pilihan menawan yang ditawarkan. Antaranya adalah denim blue, apple green, pearl white, jet black, dan banyak lagi.  

Selain itu, gaya kolar Baju Melayu Mekar ini juga boleh didapati dalam bentuk Cekak Musang dan Teluk Belanga Johor.  

Anda boleh memilih gaya kolar yang sesuai dengan keperibadian anda.

Saiz baju melayu ini juga disesuaikan dengan pelbagai saiz dan bentuk badan. 

Anda boleh memilih saiz yang sesuai dengan tubuh anda seperti S, M, L, XL, atau XXL. 

Dengan Baju Melayu Mekar, anda akan tampil lebih yakin dan menawan pada Hari Raya Aidilfitri.

2. Baju Melayu Classic Cotton

baju melayu cotton omar aliOmar Ali juga menawarkan Baju Melayu Klasik yang diperbuat daripada kain kapas berkualiti yang memberikan keselesaan dan kualiti yang tahan lasak. 

Sama seperti Baju Melayu Mekar, baju melayu ini juga boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik. 

Baju melayu ini juga didatangi dengan gaya leher Teluk Belanga Johor dan Cekak Musang yang memberi sentuhan tradisional pada pakaian anda. 

Boleh didapati dalam size S, M, L, dan XL, Baju Melayu Classic Cotton datang dengan potongan yang tepat. 

Ia akan memastikan anda kelihatan kemas dan menarik. 

3. Baju Kurung Classic Cotton

baju kurung cotton omar ali

Sudah tentunya tak meriah Aidilfitri jika kita tidak mengenakan baju raya sedondon bersama keluarga tercinta. 

Setiap keluarga pasti ada tema warna baju raya yang tersendiri. 

Oleh itu, para isteri haruslah memakai baju yang sedondon dengan si suami. 

Koleksi Baju Kurung Classic Cotton oleh Omar Ali adalah mengikut rekaan Riau. 

Rekaan klasik baju ini menjadikan ia sesuai dengan semua jenis bentuk badan. 

Di samping itu, ia didatangi dalam 16 jenis warna seperti warna klasik, pastel, dan terang. 

Ia juga boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu S, M, L, dan XXL. 

4. Baju Melayu Classic Cotton Cekak Musang Kids

buju melayu cotton budak cekak musangAkhir sekali, tidak lengkaplah jika si kecil tidak berpakaian sedondon pada 1 Syawal nanti. 

Oleh itu, anda tidak perlu risau. Anda juga boleh dapati baju melayu untuk si kecil juga. 

Baju melayu moden ini boleh didapati dalam 16 warna menarik. 

Baju melayu ini sesuai untuk kanak-kanak lelaki yang berumur dari 1 tahun sehingga 14 tahun kerana ia didatangi dalam saiz 1 hingga 8. 

Konklusinya, tak meriahlah hari raya jika kita tidak mengenakan baju raya sedondon bersama keluarga.

Anda boleh dapati segala jenis koleksi serta warna dari Omar Ali bagi pembelian baju raya tahun ini. 

Jadi anda tidak perlu risau untuk kekal bergaya pada Aidilfitri dengan koleksi baju raya Omar Ali samada golongan dewasa mahupun kanak-kanak. 

Anda juga boleh mencari pakaian mengikut pilihan citarasa tersendiri dan kekalkan pakaian tema sedondon bersama keluarga.  

Baju raya dari Omar Ali diperbuat daripada kain yang berkualiti tinggi, ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. 

Kain yang digunakan juga berkualiti tinggi yang tahan lasak dan boleh tahan lama, jadi anda boleh memakainya pada raya-raya yang akan datang.

Bukan itu sahaja, rekaan pakaian Omar Ali yang timeless juga dapat digayakan untuk pelbagai majlis seperti majlis pernikahan, pertunangan, dan macam-macam lagi. 

Omar Ali memartabatkan baju-baju Melayu dan mengekalkan identiti orang Melayu dengan menawarkan rekaan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 

Kualiti yang ditawarkan oleh Omar Ali sememangnya terjamin dari dulu lagi. 

Ia juga merupakan jenama fesyen yang mengeluarkan dan menjual pakaian tradisional baju melayu di Malaysia. 

Anda juga boleh menempah pakaian dan pre-order baju yang dikehendaki dari laman webnya. 

Jika anda berminat untuk memiliki koleksi Baju Raya Omar Ali, anda boleh membuat pembelian secara online atau anda boleh mengunjungi cawangan butik terpilih yang  berdekatan dengan anda.

Jangan tunggu lagi. 

Dapatkan baju-baju terbaik dari Omar Ali hari ini!