Skip to main content

Baju Kurung Pahang antara salah satu jenis baju kurung yang masih popular dan digayakan oleh pelbagai peringkat umur.

Tidak saja semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Haji, bahkan semasa menghadiri kenduri-kendara, majlis-majlis rasmi dan kemasyarakatan.

Sekali imbas, Baju Kurung Pahang ini nampak seperti baju kurung jenis lain tapi sebenarnya ramai tak tahu keistimewaannya.

Sebab inilah Omar Ali mengetengahkan rekaan potongan Baju Kurung ini dalam koleksi baju tradisional Melayu mereka.

Jadi, jom baca lebih lanjut untuk mengetahui tentang keistimewaannya.

Keistimewaan Baju Kurung Pahang

1. Lambang Kemuliaan dan Keanggunan

Sejarah Baju Kurung Pahang ini dirujuk telah lama wujud bermula dari zaman kegemilangan Kesultanan Melayu.

Pakaian ini dikatakan melambangkan kemuliaan dan keanggunan oleh kerana dipakai oleh keluarga diraja dan golongan bangsawan Melayu ketika itu.

Baju Kurung ini menjadi bukti seseorang mempunyai status tinggi dan citarasa yang halus.

Seiring perubahan masa, ia sudah melintasi sempadan sosial, menjadi lambang kebanggaan dan identiti Melayu kebangsaan.

2. Reka Bentuk Versatile

Rekaan Baju Kurung Pahang mempunyai reka bentuk yang memukau dengan estetika tradisional yang tersendiri.

Siluet atau potongan rekaan baju kurung ini dicirikan oleh blaus longgar.

Baju Kurung ini sebelum memasuki zaman moden, kebiasaannya dihiasi dengan sulaman halus, corak songket yang rumit, atau motif yang sedap mata memandang.

Skirtnya pula labuh sehingga ke pergelangan kaki, menampilkan kesopanan pemakai.

Fabrik seperti Sutera, kain Chiffon, atau jenis brokat lebih menonjolkan alunan potongan baju, menjadi daya tarikan keseluruhan baju kurung ini.

3. Pesak Kembang 

Tidak seperti jenis baju kurung lain, Baju Kurung jenis ini dihadiri dengan potongan pesak kembang.

Bermula dari bahagian ketiak yang lebih kecil, tetapi mula beralunan besar seperti potongan bentuk “A” sehingga ke hujung baju.

Pesak kembang sangat sesuai untuk jenis bentuk badan Pear, di mana bahagian pinggul dan peha lebih melebar tetapi bahagian badan atas lebih sempit atau kecil.

Untuk bentuk badan ini, baju kurung berpesak lurus tidak sesuai kerana menampakkan anda lebar dan tidak menonjolkan ciri bentuk badan anda yang sedia cantik.

4. Menampakkan Kesederhanaan

Selain menampakkan anda lebih anggun apabila menggayakan busana ini, ia juga membuatkan anda nampak lebih sederhana.

Tambahan pula jika anda seorang muslimah atau lebih gemar menggayakan baju tanpa menampakkan bentuk badan, ini sesuai untuk anda.

Labuh bajunya sehingga menutupi punggung dan seinci atas lutut anda.

Baju Kurung Pahang Eksklusif di Omar Ali

Baju Kurung ini juga dikenali sebagai kurung Riau, boleh didapati di Omar Ali dengan 2 rekaan anggun:

1. Baju Kurung Mekar

Tampil dengan potongan leher Teluk Belanga, rekaan Baju Kurung Mekar mengekalkan pesak kembang yang dicantum dengan kekek gantung.

Corak Penuh berkilat tetapi minimalis untuk yang lebih mengutamakan kesederhanaan. 

Penggemar minimalis mesti meminati Baju Kurung Pahang pastel, bukan? Baju Kurung Mekar ada 6 pilihan warna pastel.

Selain warna pastel, warna gelap atau bold juga ada. Layari pautan di sini untuk melihat warna, panduan ukuran baju dan saiz tersedia.

2. Baju Kurung Classic Cotton

Rekaan Baju Kurung Classic Cotton tampil dengan sedikit kelainan – corak Songket timbul meningkatkan lagi keanggunan si pemakai.

Corak Bunga Tabur menghiasi baju dan skirt Baju Kurung Pahang edisi ini, menonjolkan rekaan klasik dan tradisional.

Hadir dalam 16 variasi warna, pilihan luas untuk anda menambahkan koleksi Baju Kurung ini bermotif songket tradisional dalam gerobok anda.

Anda boleh lihat pautan di sini untuk melihat lebih lanjut info mengenai Baju Kurung ini.

 

Kesimpulannya, jika dalam masa akan datang, Baju Kurung Pahang masih relevan dan evergreen untuk digayakan di pelbagai jenis majlis.

Bercorak atau tidak, keanggunan dan dalam masa yang sama menampakkan kesederhanaan anda, Baju Kurung ini semua golongan umur boleh gayakan.

Di Omar Ali, anda boleh dapati baju kurung ini untuk dewasa dan juga kanak-kanak.

Selain ready-to-wear Baju Kurung Pahang, tempahan peribadi juga boleh dilakukan di Omar Ali. 

Anda boleh membuat temu janji di cawangan Omar Ali (In-Store Appointment) berdekatan:

 

Tempahan peribadi berjumlah minimum RM 1,000 boleh membuat janji temu rumah ke rumah, bukan sahaja untuk Baju Kurung, tetapi pelbagai baju tradisional, suits, shirts dan lain-lain.

Hubungi melalui aplikasi Whatsapp di nombor +6012-5531935 atau mengisi form (Lembah Klang sahaja) di pautan ini.

Tempah Baju Kurung Pahang hari ini untuk menikmati penggayaan baju tradisional selesa dan menepati citarasa anda.

Beli Baju Kurung Pahang Ready-To-Wear Di Sini