Skip to main content

Baju Kurung Moden menjadi lambang gabungan gaya tradisional dan moden yang menjadi bahagian penting dalam fesyen. 

Ia dipakai secara meluas oleh wanita dari semua peringkat umur dan dilihat sebagai simbol kebanggaan terhadap warisan budaya.

Baju kurung gabungan tradisional dan moden ini  mempamerkan keanggunan dengan elemen reka bentuk kontemporari. 

Anda ingin memakai baju kurung yang lebih bergaya? Jom tengok koleksi baju kurung moden eksklusif di Omar Ali!

Perubahan Terhadap Baju Kurung Pada Hari Ini 

 

Ramai pereka fesyen tempatan memberikan nafas baru dalam menghasilkan rekaan baju moden yang mengikut peredaran zaman.

Umumnya busana baju kurung terbahagi kepada dua jenis iaitu rekaan tradisional dan rekaan moden.

Sesuai digayakan bagi majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, pertunangan, upacara keagamaan, dan acara rasmi. 

Perbezaan Pada Rekaan Tradisional dan Rekaan Moden 

 

Berikut merupakan perbezaan yang biasa terdapat pada rekaan tradisional dan rekaan moden untuk baju kurung.

  • Pesak

Pesak merupakan jahitan pada sisi baju yang biasanya terdapat pada rekaan tradisional.

Ia memberikan efek kelonggaran pada pakaian tersebut yang mana rekaan moden kebanyakkannya tiada ciri ini. 

  • Mengikut Potongan Badan

Baju kurung moden terkenal dengan potongan badan pada bahagian pinggang baju.

Ini bagi menampakkan bentuk badan dan menambah seri keanggunan si pemakai. 

  • Jenis Fabrik

Rekaan moden mempunyai pelbagai jenis fabrik mengikut keselesaan si pemakai.

Seperti kain satin, kain kapas, kain sulam, kain chiffon, kain sutera, kain batik, lace, linen dan banyak lagi.

  • Zip pada Baju 

Ini antara ciri yang paling banyak pada rekaan moden kerana tidak memiliki pesak.

Oleh itu, rekaan tersebut menjadikan busana itu menjadi lebih ketat berbanding rekaan tradisional tanpa zip.

Biasanya zip dijahit di bahagian belakang baju ataupun di bahagian hadapan baju yang lebih popular dipanggil “breastfeeding friendly”. 

  • Aksesori

Baju kurung moden dihiasi dengan gaya aksesori tambahan seperti manik-manik, kerawang, sulaman dan labuci.

Berbanding dengan rekaan tradisional yang lebih ringkas atau agak kosong atau “plain”

Dengan mengenakan baju kurung moden daripada Omar Ali, anda pasti akan tampak cantik, bergaya, anggun, dan selesa. 

Koleksi Baju Kurung Moden di Omar Ali 

 

Sentuhan jenama Omar Ali dalam menghasilkan pakaian tradisional sangat diminati ramai sejak beroperasi tahun 1935. 

Kini, jenama pengeluar baju Melayu ternama ini hadir dengan rekaan moden untuk mengikut permintaan para pelanggan.

Ada juga beberapa koleksi yang masih kekal dengan gaya tradisi dahulu untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Selaras dengan peredaran zaman, rekaan seperti baju kurung moden muncul dan mendapat permintaan oleh masyarakat. 

Pemakaiannya tidak terhad kepada satu majlis sahaja malah sangat sesuai dipakai dan digayakan di dalam apa jua majlis. 

Omar Ali memperkenalkan pelbagai rekaan eksklusif pakaian Melayu tradisional wanita seperti koleksi baju kurung moden.

Berikut merupakan antara koleksi baju kurung yang anda wajib cuba.

baju kurung moden

Baju Kurung Classic Cotton menggunakan material cotton yang berkualiti yang menjanjikan keselesaan sepanjang hari.

Material baju kurung ini senang untuk digosok dan tidak mudah berkedut. Ianya juga tidak berbulu apa dibasuh beberapa kali.

Dengan kata lain Baju Kurung Classic Cotton amat mudah untuk dijaga dan dicuci. 

Hadir dengan potongan riau, terdapat 16 pilihan warna dengan design yang klasik menjadikannya kelihatan sangat eksklusif.

Corak sederhana besar pada baju itu membantu si pemakai tampak tinggi dan anggun terpesona.

  • Baju Kurung Mekar

baju kurung moden

Material yang sangat selesa pada permukaan luar dan dalam pakaian, menjadikan ia pilihan ramai wanita.

Seindah namanya, Baju Kurung Mekar hadir dengan potongan jenis baju kurung pahang.

Pemilihan material brocade fabric pada baju kurung ini menyerlahkan gaya moden yang cukup mewah. 

Jenis fabrik tersebut terkenal dengan kain tebal seperti duchess tetapi tidak panas, tidak perlu lining dan terletak elok di badan.

Corak pada permukaan busana cantik ini juga sangat minimal tetapi menaikkan aura si pemakai.

Tidak lekang mendengar, setiap rekaan koleksi Omar Ali dibuat teliti oleh juru jahit yang mahir dan berpengalaman.

Sebab itu, semua koleksi dijamin berkualiti tinggi yang menjanjikan erti keselesaan kepada orang ramai.

Jika berminat untuk memiliki koleksi baju kurung ini, anda boleh mengunjungi butik Omar Ali yang berdekatan.

Berikut merupakan senarai cawangan butik yang dibuka untuk membuat pembelian di kedai: 

  • Kampung Baru (HQ)
  • Wisma Yakin
  • Shaftsbury Putrajaya Mall
  • TTDI
  • SACC Mall
  • Melawati Mall
  • Bukit Tunku

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai koleksi pakaian dewasa lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang berkualiti tinggi, selesa dan cantik di Omar Ali.

Klik Sini Untuk Pembelian Baju Raya Anda!