Skip to main content

Apabila mendapat panggilan untuk ke rumah Allah SWT, pastinya setiap orang merasa gembira dan tidak sabar melakukan ibadah umrah.

Selain menghadiri kelas mengerjakan ibadah, pemilihan pakaian juga merupakan aspek penting untuk menjamin keselesaan sepanjang berada di Tanah Suci.

Ramai wanita gemar memakai jubah, Tetapi bagaimana hendak memilih jubah umrah terbaik?

Kami kongsikan 7 tips jubah umrah yang anda patut ikuti!

Ibadah umrah dan haji merupakan dua jenis ibadah yang dilakukan ramai umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda menzahirkan keimanan mereka.

Berbanding ibadah Haji, ibadah umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun dan hukumnya pula adalah sunat.

Mereka yang bakal mengerjakan umrah perlu mengikuti rukun umrah iaitu ihram, tawaf, sai’ dan tahalul.

Sesiapa sahaja yang mendapat panggilan ke Tanah Suci perlu merancang persiapan rapi agar tidak mendatangkan sebarang masalah di sana.

Kali ini kami berkongsi panduan memilih jubah umrah, khas buat golongan wanita untuk memastikan keselesaan dan memudahkan pergerakan.

Kenapa Perlu Pakai Jubah Untuk Umrah?

Perasan tak ramai wanita memakai jubah sepanjang mengerjakan ibadah umrah?

Mereka berpendapat jubah lebih selesa kerana tidak menampakkan bentuk badan dan memudahkan pergerakan.

Seelok-eloknya bawalah jubah yang mesra wuduk memandangkan lokasi tempat mengambil wuduk dan masjid agak jauh, contohnya di Masjidil Haram.

Pilih jubah umrah yang tidak terlalu nipis atau tebal.

Selain itu elakkan memakai jubah yang bewarna terang dan menyerlah.

Kebiasaannya ramai jemaah wanita membawa jubah bewarna putih dan warna gelap.

Koleksi jubah umrah Omar Ali semestinya menepati citarasa dan keselesaan untuk jemaah umrah wanita sepanjang mengerjakan ibadah.

Tips Pemilihan Pakaian Untuk Umrah Wanita

Selain memilih jubah umrah, anda juga memerlukan beberapa lagi pakaian yang sesuai untuk dibawa ke sana.

1. Jubah Seluar

Untuk memudahkan pergerakan ke kawasan bukit seperti Jabal Rahmah dan Bukit Uhud, adalah digalakkan untuk anda membawa jubah seluar.

2. Tudung Sarung Instant

Adalah lebih baik anda membawa tudung yang boleh juga dipakai sebagai telekung supaya boleh terus bersolat, terutama ketika berhenti berniat di miqat.

Bawa tudung yang tidak memerlukan anda untuk menggosoknya walaupun dilipat dengan kemas.

Elakkan membawa atau memakai selendang yang berbelit-belit kerana ia sedikit melecehkan dan memakan masa.

3. Pakaian Anti Iron

Ada wanita gemar memakai khimar ketika melakukan ibadah umrah kerana gaya flowy-nya.

Tetapi khimar apabila tidak digosok dengan betul akan nampak seperti kain berkedut dan ia mengambil masa lama untuk digosok.

Untuk lebih mudah, bawa baju, seluar dan tudung yang tidak memerlukan anda menggunakan seterika sepanjang di Tanah Suci.

5 Koleksi Jubah Umrah Terkini

Anda bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah?

Masih mencari-cari jubah umrah yang sesuai, selesa, menutup aurat dan berkualiti tinggi?

Omar Ali tampil dengan lima (5) koleksi jubah umrah yang menepati keperluan para muslimah.

Ciri-ciri Menarik Jubah Umrah Omar Ali

1. Poket tambahan untuk memudahkan jemaah wanita menyimpan barangan berharga seperti beg duit dan telefon bimbit.

2. Mesra breastfeeding, terutama buat mereka yang membawa anak kecil.

3. Lengan rekaan cuffed supaya jemaah dapat menutup aurat dan mesra solat.

Menggunakan material lycra yang menjaminkan keselesaan dan ironless, anda boleh mendapatkan koleksi jubah umrah Omar Ali iaitu Aisya, Fatima, Katija, Zulaikha dan Telekong OA dengan harga hanya RM189 sahaja.

Dapatkan koleksi jubah umrah Omar Ali melalui pesanan di sini.

Atau kunjungi cawangan Omar Ali berhampiran anda.

Omar Ali, sebuah jenama terkenal wujud sejak tahun 1935, dikenali sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi, jahitan yang kemas dengan harga yang berpatutan.