Skip to main content

Peminat baju Melayu sudah semestinya tertunggu-tunggu apakah koleksi terkini pakaian tradisional Melayu yang ada di pasaran. Bersempena dengan bulan Syawal yang bakal tiba, pengeluar baju Melayu terkenal Omar Ali tampil dengan koleksi baju Melayu untuk baju raya 2020.

Koleksi Baju Raya 2020 Omar Ali

Mari kita lihat koleksi terbaru yang pasti menambat minat anda.

Baju Melayu Warna Warni

Baju Melayu Warna Warni ini merupakan antara koleksi Baju Melayu moden yang biasa digayakan oleh para jejaka untuk tampil tampan dan bergaya pada hari raya. 

Kainnya pula diperbuat daripada material cotton yang berkualiti dan hasil kerja yang memuaskan.

Sesuai dengan si pemakai yang mementingkan kepuasan dalam bergaya. Tidak dapat dinafikan juga, kainnya mudah untuk digosok dan kurang kedutan. 

Untuk baju Melayu ini, si pemakai boleh membuat beberapa pilihan warna seperti Dusty Pink, Flamingo Peach, Sandy Brown, Smoke Grey dan Dark Blue. Warna-warna baju berikut juga mudah untuk dipadankan dengan samping yang sesuai.

Para jejaka juga diberikan pilihan untuk memilih jenis garisan leher Baju Melayu mengikut citarasa mereka iaitu Teluk Belanga dan Cekak Musang. 

Tetapi bagi yang tidak menggemari kolar baju terlalu tinggi, baju Melayu dengan potongan teluk belanga ini direkomendasikan pada si pemakai.

Lagi menarik, samping songket yang bernilai RM185 akan diberikan secara percuma bagi setiap pembelian yang dilakukan dari koleksi Baju Melayu Warna Warni.

Anda juga berpeluang untuk mendapat samping songket PERCUMA bernilai RM185 bagi setiap pembelian Baju Melayu Warna Warni.

Baju Melayu Sejarah

Koleksi baju raya 2020 kali ini tampak sedikit kelainan dengan tampilan khas bercorak kotak-kotak serta bergarisan lurus yang menarik dan eksklusif.

Pada masa yang sama, koleksi baju ini mampu mengekalkan imej baju klasik tradisional dan identiti bangsa Melayu itu sendiri. 

Koleksi baju berkolarkan Teluk Belanga ini sesuai bagi para jejaka yang gemarkan rekaan bentuk kolar baju yang mudah dan tidak menutupi bahagian leher mereka. 

Manakala material gabungan satin dan cotton pada baju melayu ini tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Dengan itu, pemakai masih berasa selesa sepanjang hari terutama sewaktu pergi beraya.

Bukan itu sahaja, Baju Melayu Sejarah ini menampilkan fesyen berlengan baju tiga suku. Lengan baju seperti ini biasanya menjadi pilihan utama oleh para jejaka di luar sana yang gemar berlengan pendek dan inginkan sedikit kelainan dari segi fesyen mereka.

Antara koleksi warna yang boleh didapati ialah Denim Blue, Mint Green dan Plum. Para pembeli juga tidak perlu khuatir kerana warnanya tidak akan luntur.

Baju Melayu Woolen Satin

Koleksi baju Melayu ini pula dihasilkan dari material woolen satin. Materialnya yang agak sedikit berkilat membuatkan baju melayu yang disarung oleh si pemakai kelihatan lebih elegan dan eksklusif.

Baju Melayu ini boleh digayakan sebagai baju raya 2020 oleh para jejaka yang ingin berkunjung ke majlis rasmi serta tidak rasmi. 

Warna yang dihasilkan bagi koleksi ini pula ialah Cloud Grey, Cobalt Blue, Malibu Blue dan Plum Purple. Dengan gabungan antara warna ini dan material satin membuatkan baju melayu kelihatan berkualiti pada si pemakai dan mampu menawan hati para gadis datang beraya di rumah.

Malahan, potongan serta jahitan baju melayu yang tampak kemas dan teliti ini membuatkan baju tersebut terletak pada badan si pemakai. Tambahan pula, beliau akan kelihatan lebih menawan berbanding orang lain di pagi hari raya.

Koleksi baju ini juga sesuai bagi para jejaka yang gemar akan imej leher baju yang bercekak tinggi berdiri atau istilah lainnya Baju Melayu Cekak Musang.

Anda juga berpeluang untuk mendapat samping songket PERCUMA bernilai RM185 bagi setiap pembelian Baju Melayu Woolen Satin. 

Clearance Men Collections

Perkara utama yang akan menarik perhatian umum saat para pemakai mengenakan baju Melayu adalah pemilihan warna yang sesuai.

Bagi memudahkan proses memilih baju raya 2020 tahun ini, apa kata anda memilih koleksi Baju Melayu Jebat dan koleksi Baju Melayu Lekiu.

Terdapat pilihan warna baju seperti Lilac Purple, Cloud Grey dan Dusty Rose. Pastinya penampilan akan kelihatan lebih menyerlah di pandangan orang lain. 

Kebiasaanya, potongan baju berkolar Cekak musang ini akan menjadi pilihan sesetengah jejaka untuk kelihatan segak dan tampan semasa berkunjung ke rumah sanak-saudara.

Manakala yang lebih suka kepada konsep leher baju yang tidak menutup leher, boleh mencuba Baju Melayu Teluk Belanga.

Koleksi Baju Melayu Jebat berkonsepkan gaya moden dan relaxed fit. Kedua-dua koleksi baju ini menawarkan keselesaan pada si pemakai kerana kekemasan potongan bajunya. 

Material Royale Cotton yang digunakan pada kedua-dua koleksi ini merupakan material yang berkualiti. Sudah tentunya material ini akan menjadi buruan para jejaka di luar sana kerana kainnya yang tidak jarang dan tahan lasak.

Kelainan utama yang dapat dilihat dari kedua-dua koleksi Baju Melayu ini daripada Baju Melayu biasa ialah logo rasmi Omar Ali. Logo ini akan diletakkan pada baju Melayu sebagai tanda pembelian pengguna dari produk Omar Ali.

Cara-Cara Memesan Baju Melayu Omar Ali Secara Online

Berikut adalah cara-cara untuk order baju Melayu secara online di Omar Ali:

1. Pilih koleksi Baju Melayu

2. Klik pada gambar tersebut untuk dapatkan beberapa paparan gambar dalaman koleksi baju Melayu.

3. Kemudian, klik pada salah satu gambar yang anda berkenan untuk dapatkan paparan maklumat baju. 

Contoh: Baju Melayu Sejarah Denim Blue

4. Klik butang ‘choose an option’ untuk buat pemilihan saiz dan ukuran badan anda. 

5. Pastikan pemilihan saiz yang betul. Boleh lihat carta saiz dan ukuran pakaian di bawah.

6. Nyatakan kuantiti pembelian anda sebelum anda teruskan ke langkah seterusnya.

7. Selepas selesai masukkan maklumat, anda boleh klik butang ADD TO CART

8. Ini merupakan contoh SHOPPING CART anda.

9. Boleh tambah kupon jika ada, sebelum anda klik butang CHECK OUT.

10. Langkah terakhir, isikan maklumat seterusnya seperti, nama, alamat penghantaran, nombor telefon, emel dan sebagainya. 

11. Tandakan tick pada kotak T&C dan klik butang PLACE ORDER.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, hubungi kami sekarang.