Skip to main content

Anda sedang mencari baju raya untuk kanak-kanak? Omar Ali mempunyai pelbagai koleksi baju Melayu kanak-kanak yang sangat menarik.

Hari Raya Aidilfitri makin menjelang tiba. Bagaimana dengan checklist persiapan raya anda? Mungkin ada di kalangan kita gemar melakukan persiapan awal supaya tidak kelam-kabut di saat-saat akhir. Dari tempahan kuih raya, tukaran duit raya, langsir, perabot sehinggalah persiapan baju Melayu kanak-kanak pun perlu diambil kira.  Bergaya dengan baju raya ketika menyambut hari raya seolah-olah menjadi kemestian. Ada yang memilih memakai rona yang sama untuk satu keluarga supaya kelihatan cantik dan sedondon. Maklumlah, nanti kelihatan menarik apabila mengambil foto bersama.Bukan sahaja golongan dewasa yang mahu tampil segak dan cantik. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk menggayakan baju raya mereka.Kini terdapat banyak pilihan pakaian baju raya kanak-kanak yang dijual di butik, pasaraya atau secara online (dalam talian). Begitu juga dengan pelbagai corak dan fesyen, boleh rambang mata ibu bapa dibuatnya.Seperti fesyen golongan dewasa, fesyen baju raya kanak-kanak juga tampil dengan gaya baju kurung moden, kebaya, jubah, baju Melayu dan kurta. 

Memilih Baju Melayu Kanak-Kanak

 Pemilihan baju raya kanak-kanak ini amat penting. Carilah material yang memberi keselesaan mereka sepanjang hari.Jenama Omar Ali tak perlu diperkenalkan lagi. Diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali pada tahun 1935, kedai pertama dibuka di Wisma Yakin.Omar Ali sememangnya dikenali ramai sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi.Kesemua baju yang dihasilkan dengan jahitan yang kemas dan harga yang amat berpatutan.Bagi anda yang sedang mencari banyak koleksi baju raya kanak-kanak, Omar Ali dapat memenuhi citarasa ibu bapa yang mahukan penampilan bergaya dan menarik buat anak-anak mereka.  

Baju kurung kanak-kanak

 Baju kurung ‘Baby Doll Kids’ dengan warna baby blue hadir dengan potongan peplum dan moden untuk menyerlahkan lagi gaya genit anak anda. Baju yang menggunakan material crepe ini turut dihias dengan lace (renda) di bahagian atas dada dan tangan kiri dan kanan.   Koleksi Baju kurung Riau Mawar Kids pula tampil dengan 10 warna pilihan yang menarik. Menggunakan material Royale Cotton, semestinya memberikan keselesaan kepada anak-anak sepanjang satu hari beraya.Jika anda mahu anak-anak kelihatan cantik dengan gaya tradisional dan klasik, apa kata pilih dari koleksi ini untuk dipadankan dengan baju raya si ibu.  Siapa kata fesyen jubah hanya sesuai untuk wanita dewasa? Koleksi Jubah Kebaya Melati Kids tidak kurang menariknya. Penggunaan lace pada seluruh bahagian baju secara tidak langsung membangkitkan elemen mewah pada baju ini.  Asyik-asyik fesyen baju kurung. Apa kata ubah selera raya tahun ini dengan menggayakan Kebaya Kota Bahru Kids sebagai pilihan baju raya kanak-kanak. Terdapat dua pilihan warna menarik dan menggunakan material raw tenun/batik. Semestinya penampilan si gadis cilik bertambah comel!   Untuk anak-anak lelaki, serlahkan sisi kacak si kecil dengan gaya baju Melayu tradisional Johor. Koleksi Baju Melayu Jebat Kids ini mempunyai 9 pilihan warna yang sangat menarik.Dengan material Royale Cotton, gaya pahlawan Melayu muda ini pasti mencuri perhatian ramai.Pastinya ramai ibu dan bapa berkenan dengan koleksi baju raya kanak-kanak daripada Omar Ali ni, kan? Dah, jangan pening-pening kepala nak fikir mana nak cari baju untuk si anak.Anda boleh membeli secara online dengan klik di sini atau berkunjung ke butik mereka di alamat ini:Omar Ali Villa, 37, Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.