Skip to main content

Artikel ini mengandungi kesemua yang anda ingin tahu tentang fesyen kurta.

Sekiranya anda sedang mencari baju kurta, inilah tempat yang anda perlu lawati.

Teruskan membaca sehingga tamat.

 

Selain baju Melayu, lelaki hari ini gemar menggayakan busana ini.

Tidak untuk perayaan, solat Jumaat, majlis dan kenduri, pakaian atau ke pejabat, ianya menjadi kemestian.

Mungkin kerana potongannya yang longgar membuatkan ia selesa untuk dipakai.

Nak beli pun kini smeakin mudah.

Ada yang dijual di butik, bazar mahu secara online.

Dari mana asalnya pakaian ini sehingga menjadi kegilaan kaum lelaki di Malaysia? Benarkah baju kurta dianggap sebagai pakaian sunnah?

Segalanya kami rungkaikan di bawah.

Sejarah Baju Kurta

Sebenarnya, fesyen ini merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki di India, Bangladesh, Afghanistan. Pakistan, Nepal dan Sri Lanka.

Potongan yang biasa dilihat adalah longgar di bahagian bawah dengan labuh mencecah lutut.

Bagi kaum lelaki di negara-negara disebut tadi, baju ini sering dipadankan dengan paijama, salwa, churidar dan dhotis.

Fesyen di Malaysia pula kebiasaannya dipadankan dengan seluar khakis, slack atau jeans dengan potongan slim atau skinny.

Maksud dan Istilah

Perkataan kurta diambil dari bahasa Urdu dan Hindi, namun terlebih dahulu berasal dari bahasa Persia yang merujuk kepada baju tanpa kerah.

Fesyen Kurta

 

Tahukah anda, baju ini pernah menjadi kegilaan golongan hippies di Amerika Syarikat sekitar tahun 60-an hingga 70-an suatu ketika dahulu?

Terdapat beberapa jenis baju yangberbeza di antara satu sama lain, misalnya bhopali kurta (dipakai oleh Sultan Jehan Begum pada tahun 1901), dogri kurta, Delhi kurta, punjabi phulkari kurta dan lucknowi kurta.

Peniaga di Malaysia mendapati rata-rata pelanggan menggemari fesyen ini yang menggunakan material kapas kerana tidak panas, serap peluh dan mudah dibasuh.

Selain baju kurta kosong, fesyen ini turut menawarkan dalam pelbagai corak dan motif.

Fesyen kurta bukan sahaja digemari lelaki dewasa malah kanak-kanak lelak juga.

Sambutan hangat baju kurta di Malaysia turut didedahkan oleh seorang peniaga di bazar apabila hasil jualannya boleh mencecah sehingga RM6,000 sehari!

Bagaimanapun, kegilaan kaum lelaki terhadap fesyen ini agak kurang disenangi oleh beberapa pihak yang mendakwa ia bakal melenyapkan pakaian tradisi lelaki seperti baju Melayu teluk belanga dan cekak musang.

Malah ada juga yang mengaitkan baju kurta sebagai pakaian Sunnah apabila Nabi Muhammad SAW memotong di bahagian kiri dan kanan bawah baju gamisnya sepanjang satu jengkal untuk menunggang unta.

Keadaan itu menjadi ikutan para sahabat Rasulullah atas dasar kecintaan kepadanya malah memudahkan pergerakan mereka dalam menyebarkan dakwah.

Baju Kurta Yang Viral

 

Walaupun baju kurta tidak dianggap baju tradisional masyarakat Malaysia, namun ada pihak yang cuba membawa elemen moden ke dalam fesyen ini.

Namun hasil ‘pemodenan’ baju kurta dengan ala sut Superman dikritik orang ramai di laman sosial setelah ia mula dijual.

Ia menggunakan kain kapas memeri (cotton stretch) sehingga menampakkan bentuk tubuh badan si pemakai.

Baju ini disamakan dengan baju renang Muslimah dan ‘long john’.

Baju Kurta di Malaysia

Secara umumnya terdapat banyak variasi baju ini dengan dengan pelbagai cara menggayakannya.

Kasual kurta kebiasaannya dipakai secara sehari-hari ketika berada di rumah atau menghadiri aktiviti keramaian.

Manakala jenis kontemporari moden pula didatangkan dengan cetakan atau tenunan, sama ada dengan satu warna tunggal atau gabungan beberapa warna.

Omar Ali menawarkan tujuh rangkaian baju kurta yang menepati kehendak fesyen lelaki masakini.

kurta malaysia baju kurta kurta omar ali

Koleksi Jawda hadir dengan empat warna pilihan iaitu denim blue, falmingo pink, periwinkle purple dan thirstle purple.

Menggunakan kain kapas German, koleksi ini didatangkan dengan gaya santai dengan leher teluk belanga.

Satu lagi koleksi baju kurta Omar Ali iaitu Hasaria menawarkan tiga warna pilihan yang mengancam iaitu currant red, lemonade pink dan tortilla brown.

kurta moden

Perbezaan koleksi ini adalah leher cekak musang yang menyerupai fesyen kebiasaan baju Melayu.

Anda boleh mendapatkan kedua-dua koleksi baju ini dengan harga RM111.30 (harga asal RM159.00) untuk sehelai.

Peneraju pakaian tradisional Melayu 

Diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali pada tahun 1935, Omar Ali sememangnya dikenali ramai sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi.

Kesemua baju yang dihasilkan dengan jahitan yang kemas dan harga yang amat berpatutan.

Selain baju kurta, anda juga boleh mendapatkan pelbagai lagi koleksi baju lelaki yang lain seperti :

Baju Melayu Tuah

Baju Melayu Jebat

Baju Melayu Lekiu

Tailor Made – Lekir

 Batik Shirt.

Klik sini untuk melihat koleksi Baju Kurta Omar Ali!